Nuffnang

Sabtu, 2 November 2013

Diana Amir - Google Blog Search

Diana Amir - Google Blog Search


<b>Diana Amir</b> Bakal Bergelar Isteri Minggu Hadapan | Portal Hiburan <b>...</b>

Posted: 18 Oct 2013 05:10 AM PDT

Diana Amir Bakal Bergelar Isteri Minggu Hadapan

Segala persoalan tentang tarikh pernikahan Diana Amir akhirnya terjawab apabila selebriti itu sendiri telah mengumumkan akan menamatkan zaman bujangnya pada 25 Oktober 2013 bersamaan dengan hari Jumaat.

Majlis Ijab dan Qabul antara Diana dan tunangnya, Mohd Habib Bullah bin A. Rahman akan diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presint 3, Putrajaya pada jam 9 malam.

Apa yang menariknya, pasangan ini telah sepakat memilih konsep Islamik di majlis pernikahan itu nanti dan akan mendapatkan nasihat dari ustaz yang pakar.

Diana Amir Bakal Bergelar Isteri Minggu Hadapan

Saya sebenarnya nak ketengahkan apa yang Islam anjurkan. Contohnya seperti budaya mencium dahi semasa upacara membatalkan air sembahyang boleh digantikan dengan sekadar mengusap kepala pengantin perempuan. Begitu juga dengan konsep inai yang membolehkan seorang wanita melukis moti tumbuh-tumbuhan dan bukannya menyerupai tatu.

Perjalanan majlis itu nanti saya akan tentukan bersama ustaz yang saya kenali. Kalau boleh saya mahu tunjukkan bahawa majlis pernikahan sebenarnya adalah sesuatu yang mudah dan tidak membebankan.

Selain daripada itu, Diana juga nampaknya lebih selesa untuk mengadakan majlis yang penuh sederhana tanpa bertukar dulang hantaran yang banyak.

Di majlis itu juga nanti, takkan ada dulang yang banyak-banyak. Cuma ada 3 dulang hantaran sahaja mewakili senaskah Al-Quran, cincin dan mas kahwin.

Menurut Diana lagi, pihaknya hanya akan menjemput 250 tetamu yang hadir pada majlis tersebut termasuklah rakan-rakan media, keluarga serta kenalan terdekat.

Diana Amir Bakal Bergelar Isteri Minggu Hadapan

Inilah bakal suami Diana bernama Habib

Majlis bersejarah buat Diana dan pasangannya itu nanti telahpun mendapat tajaan sepenuhnya merangkumi pakaian pengantin sewaktu nikah, dekorasi dewan, cenderahati untuk tetamu, jurugambar, juruvideo, inai dan juga daripada pihak Yakult (M) Sdn Bhd sendiri.

Untuk pengetahuan anda, Diana telah mengikat tali pertunangan pada 23 Ogos 2012. Sepanjang tempoh pertunangan, mereka berhubung secara jarak jauh memandangkan Habib ketika itu merupakan seorang pensyarah di UiTM Merbok, Kedah.

Bagaimanapun, setakat ini bakal pengantin itu masih belum menetapkan tarikh yang sesuai untuk mengadakan majlis persandingan. Namun Diana berharap ianya dapat dijalankan dalam tahun ini juga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan