Nuffnang

Sabtu, 2 November 2013

Iqram Dinzly - Google Blog Search

Iqram Dinzly - Google Blog Search


Soo Wincci Hadiahkan Kek Istimewa Untuk <b>Iqram Dinzly</b> - OhBulan

Posted: 03 Oct 2013 05:00 PM PDT

Foto : Soo Wincci Hadiahkan Kek Istimewa Untuk Iqram Dinzly

Pada 29 September lalu, pelakon yang terkenal menerusi drama Dunia Baru, Iqram Dinzly baru sahaja menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 32.

Sempena ulangtahun tersebut, Iqram telah menerima hadiah istimewa daripada bekas peserta Masterchef Selebriti Malaysia musim pertama, Soo Wincci, berupa sebiji kek berbentuk ikan dan paling menarik apabila kek itu dikatakan berperisa durian.

Meneliti setiap captian yang dikongsikan oleh Iqram, nampaknya pelakon tersebut telah melahirkan rasa terharu apabila melihat ketulusan serta keikhlasan Soo Wincci yang sanggup membuat kek istimewa untuk dirinya. Dalam masa yang sama, aktor tersebut turut menyebut bahawa kini dia percaya akan janji yang telah dikotakan oleh pelakon wanita itu.

Hmm..apakah janji yang dimaksudkan oleh Iqram? Macam ada sesuatu je antara mereka. Sudah ada bunga-bunga cinta kah?

Foto : Soo Wincci Hadiahkan Kek Istimewa Untuk Iqram Dinzly

Soo Wincci & Iqram bersama kek ikan istimewa

Bagi mereka yang sememangnya mengikuti laman sosial Iqram dan Soo Wincci, pastinya keakraban antara dua selebriti ini bukanlah satu rahsia lagi. Tambahan pula, sejak akhir-akhir ini Iqram turut dilihat semakin aktif berkongsi foto-foto mesra mereka berdua dan paling menarik apabila masing-masing mempunyai panggilan manja tersendiri.

Kalau nak tahu, panggilan manja yang diberikan oleh Iqram untuk Soo Wincci adalah jeruk masin dan dirinya pula digelar sebagai ikan masin.

Amboi, bukan main pelik dan unik lagi panggilan mereka berdua kan? Agaknya daripada mana datangnya ilham untuk memberikan panggilan seperti itu ya?

Melihat kemesraan tersebut, terdapat juga segelintir pengikut laman sosial yang bertanya apakah status sebenar hubungan mereka berdua. Adakah mereka sedang menjalinkan hubungan cinta secara senyap-senyap atau sekadar teman biasa?

Nampaknya kedua-dua selebriti ini hanya membiarkan persoalan tersebut berlalu begitu sahaja dan lebih selesa untuk membiarkan para peminat berteka teki sesama sendiri.

Apa pun untuk semua peminat Iqram dan Soo Wincci, jom layan beberapa foto menarik mereka sekitar ulangtahun kelahiran aktor tersebut pada hari Ahad lepas.

Kredit Foto : Instagram Soo Wincci & Iqram Dinzly

Tiada ulasan:

Catat Ulasan