Nuffnang

Sabtu, 2 November 2013

Faizal Tahir - Google Blog Search

Faizal Tahir - Google Blog Search


Foto : Showcase <b>Faizal Tahir</b> Mantap & Menghiburkan! | Portal <b>...</b>

Posted: 22 Sep 2013 08:55 PM PDT

Foto : Showcase Faizal Tahir Mantap & Menghiburkan!

Setelah hampir tiga tahun menyepikan diri daripada bidang nyanyian, akhirnya pada Ahad lepas Faizal Tahir telah muncul dengan live showcase bagi mempromosikan album terbarunya berjudul Faizal Tahir yang diadakan di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur.

Album yang memuatkan lagu-lagu terbarunya seperti Vortex, Bintang, Biar dan Permaisuri itu turut diolah dengan genre muzik yang lebih menarik dan segar, di mana pada kali ini Faizal telah cuba bereksperimen dengan eleman muzik Rock Electronic.

Foto : Showcase Faizal Tahir Mantap & Menghiburkan!

Dalam pada itu, Pengarah Pemasaran Hard Rock Cafe Kuala Lumpur, Nor Esah Abdul Ghani turut memaklumkan bahawa pihaknya berbesar hati dengan kunjungan Faizal Tahir dan live showcase tersebut merupakan perancangan yang amat dinantikan oleh pihak mereka selama ini.

Ini merupakan perancangan yang amat kami nanti-nantikan. Kami merasa sangat berbesar hati kerana Faizal Tahir ingin membuat persembahan di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur dan kami akan sentiasa memberi sokongan kepada artis-artis tempatan yang lain untuk mereka mengadakan persembahan di tempat kami.

Secara tidak langsung, cafe ini akan turut menjadi platform terbaik untuk para penyanyi tempatan membuat persembahan yang lebih mantap dan menarik di masa akan datang.

Apa yang menariknya, band baru yang dianggotai oleh Tomok, Manifesto turut diberi penghargaan untuk membuat persembahan pembukaan pada malam live showcase tersebut.

Untuk makluman, showcase bagi mempromosikan album ketiga Faizal Tahir ini akan diteruskan pada November depan dan lokasi seterusnya di Hard Rock Cafe Singapura.

Apa pun, untuk semua peminat yang rindukan kemunculan penyanyi hebat tersebut, jom layan beberapa foto menarik Faizal yang sempat lensa kamera OHBULAN! rakamkan sekitar persembahan penyanyi tersebut semalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan