Nuffnang

Sabtu, 2 November 2013

Elfira Loy - Google Blog Search

Elfira Loy - Google Blog Search


Video: <b>Elfira Loy</b> Teruja Masuk Kokpit Pesawat | Portal Hiburan <b>...</b>

Posted: 24 Sep 2013 12:21 AM PDT

Video: Elfira Loy Teruja Masuk Kokpit Pesawat

Memang tidak dapat dinafikan bahawa ramai peminat mencemburui gaya hidup selebriti yang kerap terbang ke sana sini untuk melancong dan bekerja.

Beberapa minggu lepas Elfira telah membawa adik-adiknya ke Hong Kong bertujuan untuk menjalani penggambaran program terbaru kerjasama dengan Air Asia berjudul Destinasi Ria.

Artikel berkaitan:

Dan pada 22 September yang lalu, Elfira sekali lagi terbang ke luar negara untuk menjalani penggambaran, namun kali ini ke Macau pula.

Video: Elfira Loy Teruja Masuk Kokpit Pesawat

Walaupun cuma menghabiskan masa selama tiga hari sahaja di sana, Elfira sempat juga mempelajari budaya Portugis dan menari tarian tradisional masyarakat itu.

Mesti ada yang tertanya-tanya mengapa Elfira menari tarian Potugis di Macau, kan? Untuk makluman, sejak dari tahun 1557 lagi budaya Portugis telah lama merebak di Kawasan Pentadbiran Khas Wilayah Macau.

Pada masa dahulu, Portugis mentadbir Macau sehingga berjaya menjadi koloni Eropah tertua di China sebelum hak memerintah dipindah milik ke Republik Rakyat China pada tahun 1999.

Video: Elfira Loy Teruja Masuk Kokpit Pesawat

Selain daripada itu, Elfira turut melahirkan rasa teruja kerana berpeluang memasuki ruang kokpit pesawat Air Asia yang dinaikinya sewaktu dalam perjalanan pulang ke Malaysia malam semalam.

Menariknya ialah Elfira tidak memasuki ruang tersebut selepas mendarat, sebaliknya ketika kapal terbang sedang terbang di awan.

Bukan calang-calang orang yang dapat menikmati peluang sebaik Elfira. Apapun, di bawah ini OHBULAN! sertakan video dan foto-foto menarik pelakon genit ini sepanjang berada di Macau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan