Nuffnang

Ahad, 12 Januari 2014

Akim - Google Blog Search

Akim - Google Blog Search


penjelasan stacy isu peluk islam dan rancang nikah dengan <b>akim</b>?

Posted: 05 Jan 2014 03:01 PM PST

Kecoh juga pada minggu lalu apabila Stacy dikatakan nak berkahwin dengan `teman tapi mesra', Akim Ahmad dan mahu memeluk Islam. Namun begitu, berita berkenaan sebenarnya tidak mengejutkan kerana ramai sudah tahu hubungan hubungan rapat Stacy dan Akim, malah khabarnya Akim juga menyayangi anak angkat Stacy, Bella Valentina seperti anaknya sendiri.

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Bagaimanapun, Stacy ada penjelasan sendiri mengenai berita yang disifatkannya sebagai hanya khabar angin itu. Jelas Stacy, dia pun terkejut dengan beberapa laporan berita yang dipaparkan, seolah-olah dirinya sudah bersedia memeluk Islam. Sejak kecil, Stacy beragama Kristian. Jadi, sudah tentulah keluarga Stacy mungkin terkejut apabila mendengarnya.Bagaimanapun, apabila diterangkan hal sebenar, barulah mereka tenang.

akim dan stacy bercinta

"Saya akui berkawan baik dengan Akim, tetapi tidaklah sampai merancang nak berkahwin. Lagipun, saya dan Akim sudah lama tidak bertemu sejak Aidilfitri lalu, dia sibuk dengan aktiviti seninya. Hubungan baik dengan Akim sama seperti hubungan rapat dengan Adira dan Hafiz, sesekali kami bertemu dan melepak bersama. Hubungan kami masih kawan, belum sampai tahap serius. Soal memeluk agama Islam terlalu sensitif untuk diperkatakan. Saya akui senang dengan masyarakat Melayu yang beragama Islam, tapi belum tergerak hati saya nak bertukar agama. Saya sukakan budaya orang Melayu dan Islam yang beradab kerana saya tahu, orang Sabah seperti saya ini kelihatan agak kasar cara pertuturan. Itu saja, tapi ia bukanlah bermakna saya nak tukar agama. Saya hanya kagum dengan orang Melayu yang beragama Islam," katanya dalam satu portal hiburan.

Apa yang dikatakan Stacy ini jelas, sama-sama kita doakan yang terbaik buat Stacy dan Akim. Jika ada jodoh antara mereka maka adalah kan? Mungkin, suatu hari nanti Stacy akan dapat hidayah, siapa tahu?

Tags: , , , , , , ,

Category: HIBURAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan