Tiz Zaqyah - Google Blog Search |
- <b>Tiz Zaqyah</b> & Diana Danielle Bantu Pelarian Somalia | Portal <b>...</b>
- <b>Tiz Zaqyah</b> Tidak Kisah Dilabel Gemuk? | Portal Hiburan OHBULAN!
- Mungkin Belum Tiba Masa Untuk Saya Berkahwin – <b>Tiz Zaqyah</b> |
<b>Tiz Zaqyah</b> & Diana Danielle Bantu Pelarian Somalia | Portal <b>...</b> Posted: 21 Nov 2013 11:09 PM PST Sejak beberapa hari lepas, dua pelakon terkenal iaitu Tiz Zaqyah dan Diana Danielle dilihat aktif berkongsi foto-foto dengan gadis Somalia di Instagram mereka. Perkongsian mereka telah membuatkan peminat tertanya-tanya hingga ada yang berpendapat Tiz dan Diana ke luar negara untuk menjalani penggambaran. Namun untuk pengetahuan anda, Tiz dan Diana sebenarnya terlibat dalam sebuah projek dikenali sebagai Be Beautiful Workshop bertempat di Fugee School. Selain daripada mereka, Deborah Henry juga tidak ketinggalan untuk berkongsi kepakaran dan pengalaman peribadi mereka dalam menaikkan semangat pelajar pelarian perempuan. Bengkel yang dihadiri oleh pelarian Somalia berusia antara 14-17 tahun dimulakan dengan pembentangan tentang kulit dan kebersihan oleh Deborah Henry dan Tiz. Manakala Diana pula mengacarakan segmen kedua dengan mengajar tentang teknik solekan yang betul dan jenis-jenis solekan yang sesuai untuk kulit seseorang. Beberapa organisasi ternama dan persatuan pergerakan belia seperti Lazada Malaysia, Luxuria Cosmetics dan KL Calling turut sama berganding bahu dalam menjayakan projek ini. Untuk makluman, Fugee School yang ditubuhkan oleh Deborah Henry dan Shikeen Halibullah ini menempatkan lebih daripada 100 orang pelarian Somalia bagi memberi mereka peluang untuk menimba ilmu dalam suasana selamat dan bebas dari diskriminasi. Menarik sungguh apa yang dilakukan oleh selebriti-selebriti ini, kan? Apapun, di sini OHBULAN! sertakan foto yang dikirim oleh KL Calling untuk tatapan anda. |
<b>Tiz Zaqyah</b> Tidak Kisah Dilabel Gemuk? | Portal Hiburan OHBULAN! Posted: 02 Dec 2013 04:00 PM PST Sejak kebelakangan ini pelakon yang kerap kali membawakan watak wanita bertudung, Tiz Zaqyah dilihat telah mengalami pertambahan berat badan. Malah pada majlis Anugerah Skrin 2013 yang berlangsung baru-baru ini, Tiz telah menerima pelbagai respon daripada peminat yang melabelnya gemuk. Bagaimanapun, Tiz yang ditemui sewaktu majlis pelancaran kempen May Cares For You 2 pada Jumaat lalu mengakui berat badannya bertambah namun dia tidak kisah dengan perubahan itu. Biarpun pernah diminta untuk mengurangkan berat badan oleh produser dan ibunya, Tiz masih belum mengambil sebarang inisiatif untuk berbuat demikian.
Menurut Tiz lagi, dia langsung tidak memaksa dirinya untuk mengawal pengambilan makanan supaya menjadi lebih kurus. Dalam perkembangan lain, Tiz dijangka akan memulakan penggambaran bersama Aaron Aziz dan seorang pelakon dari Filipina untuk sebuah drama berjudul Chef pada bulan Disember ini hingga Mac tahun hadapan. Apapun untuk semua pembaca OHBULAN!, di sini kami sertakan foto-foto terbaru Tiz sewaktu menghadiri majlis pelancaran May Cares For You 2 baru-baru ini. Adakah anda rasa Tiz terlampau gemuk atau biasa-biasa sahaja? |
Mungkin Belum Tiba Masa Untuk Saya Berkahwin – <b>Tiz Zaqyah</b> | Posted: 19 Nov 2013 11:31 PM PST Hubungan percintaan antara Tiz Zaqyah dan Daniel Haziq sememangnya sudah diketahui umum. Pasangan ini memang sama cantik dan sama padan. Di kala usia Tiz sudah mencecah 25 tahun, pastinya salah satu persoalan yang bermain di minda orang ramai ialah bilakah Tiz akan mengakhiri zaman gadisnya? Malah perkahwinan rakan-rakan selebriti yang sebaya dengannya sedikit sebanyak pasti memberikan impak buat Tiz untuk memikirkan mengenai persoalan berumah tangga. Namun berkata kepada Sinar Harian, Tiz memaklumkan mungkin belum tiba masanya untuk bergelar isteri orang. Kata Tiz:-
Bagi Abang Nara, Tiz pasti ada perancangannya tersendiri dalam bab berkahwin ini. Umur 25 tahun masih boleh dikategorikan muda. Jadi mungkin Tiz mahu menikmati kehidupan solo sepenuhnya sebelum menjadi isteri orang. Yang penting, kahwinlah bila sudah bersedia sepenuhnya. Jangan kerana mengikut kehendak orang lain atau kerana terpaksa. Ramai kawan Abang Nara yang berkahwin kerana terdesak dan akhirnya rumah tangga yang dibina berkecai di tengah jalan. Apa pun Abang Nara pasti peminat-peminat Tiz Zaqyah pastinya tidak sabar untuk melihat pelakon kegemaran mereka bersanding di atas pelamin satu hari nanti. Sama-samalah kita nantikan. Lagi beberapa keping gambar si comel Tiz Zaqyah dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram Tiz Zaqyah. Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from Tiz Zaqyah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan