Fasha Sandha - Google Blog Search |
<b>Fasha Sandha</b> Balas Dendam Kerana Ibu Dihina? | Portal Hiburan <b>...</b> Posted: 12 Jan 2014 04:00 PM PST Sepanjang para peminat mengenali Fasha Sandha secara langsung dan tidak langsung, rasanya belum pernah dramatis ini mengambil kisah tentang cercaan dan kritikan yang diberikan. Jika ada pun, mungkin jarang sekali. Namun beberapa hari lepas, kesabaran Fasha seolah-olah dicabar apabila seorang individu tidak bertanggungjawab dipercayai telah menghina ibu Fasha di laman sosial. Menerusi komen tersebut, individu berkenaan dilihat membandingkan keperibadian ibu Fasha dengan ibu Nora Danish sambil melibatkan ibu mertua pelakon itu sendiri. Apa yang difahamkan, individu terbabit mula menyampaikan kata-kata negatif berkenaan Fasha dan keluarganya sejak 7 bulan lalu sehinggalah ibu kepada Putra Rayfal Ramli itu bertindak membela ibunya sendiri. Mungkin kerana terlampau berang, Fasha kemudiannya mendedahkan nama pemilik akaun laman sosial tersebut berserta gambarnya bersama suami dan anak-anak. Akibatnya, wanita pertengahan umur terbabit dipercayai telah memadamkan akaun Instagram miliknya secara serta-merta. Walaupun ramai yang menyokong tindakan selebriti ini, namun ada juga yang mempertikaikan perbuatannya kerana menganggap Fasha sengaja membalas dendam dengan memalukan wanita berkenaan. Tidak cukup dengan itu, Fasha kembali menjelaskan niatnya berbuat demikian hanya untuk memberi pengajaran sambil mendoakan kesejahteraan wanita berkenaan. Dalam pada itu, suami kepada Fasha iaitu Rizal Ashram atau lebih dikenali sebagai Jejai turut mempertahankan isterinya kerana menganggap gangguan tersebut sudah melampaui batas hingga dikhuatiri mampu mengganggu keharmonian keluarganya. |
(8 GAMBAR)<b>Fasha Sandha</b> & Jejai Sambut Hari Jadi Rayqal | Posted: 08 Jan 2014 07:33 PM PST Mesra sungguh ikatan yang terjalin di antara Putra Rayqal dan Fasha Sandha. Abang Nara sejak dulu lahir melahirkan rasa hormat kepada keluarga ini. Pastinya Jejai orang yang paling gembira melihat keakraban ini. Semoga ia berkekalan sehingga akhir hayat. Rasa nak menangis Abang Nara tengok. Secara jujur, Rayqal beruntung kerana mendapat kasih sayang daripada 2 orang ibu. Tentu Rayqal seronok hari jadinya disambut 2 kali. Kedua-duanya nampak meriah. Kek pun nampak sedap. Semoga kasih sayang ini kekal abadi buat selamanya. Lagi beberapa gambar sambutan hari jadi Rayqal oleh Fasha Sandha dan Jejai dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from Fasha Sandha - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan