Nuffnang

Ahad, 12 Januari 2014

Remy Ishak - Google Blog Search

Remy Ishak - Google Blog Search


Wan Hanafi Su Restu Perhubungan Anaknya, Budi Citawan <b>...</b>

Posted: 09 Jan 2014 08:19 PM PST


Kalau Abang Nara ialah Remy Ishak, pasti sedang melompat kegirangan sekarang ini. Mana tidaknya, si ayah sudah memberi "lampu hijau" untuk meneruskan perhubungan dengan anak perempuannya. Kalau anda tidak tahu, desas-desus sedang bertiup kencang yang Remy Ishak dikatakan bercinta dengan Budi Citawan, anak kepada Wan Hanafi Su.
remy ishak dan budi citawanKeintiman Remy Ishak dan Budi Citawan menimbulkan spekulasi percintaan apabila mereka berdua sering dilihat hadir bersama ke beberapa majlis. Seperti biasa tiada komen daripada Remy Ishak atau Budi Citawan sendiri mengenai status perhubungan mereka. Kata Wan Hanafi Su kepada Harian Metro:-

Saya tak ada masalah jika mereka berkawan. Apa salahnya sebab saya pun pernah muda dan lalui macam mereka. Kalau mereka berkawan begitu, saya tak ada halangan. Kebetulan saya memang kenal Remy dan menyenangi sikapnya. Jadi apa salahnya kalau mereka memang berkawan, saya restui saja.

remy ishak dan budi citawan

Alhamdulillah. Awal-awal lagi dah dapat restu, makin senanglah kalau betul-betul bercinta dan nak masuk meminang nanti. Abang Nara tengok Remy dan Budi Citawan pun memang sama cantik sama padan. Peminat pun pasti dah tak sabar nak tengok Remy naik pelamin. Kalau ada jodoh, segerakanlah.

P.S: Perjalanan mendaki gunung yang amat seriau

Baca Yang Ini Pulak:-

Wan Hanafi Su Selesa, Restu Hubungan Anak Bersama <b>Remy Ishak</b>

Posted: 09 Jan 2014 04:18 PM PST

Hujung Disember 2013 yang lalu, akhbar Kosmo! ada menulis tentang hubungan rapat antara pelakon Remy Ishak dan anak gadis Wan Hanafi Su bernama Budi Citawan selepas beberapa keping gambar mereka bersama muncul di Instagram.

Dalam gambar di atas, obviously anda tahulah mana satu anak gadis Wan Hanafi Su bernama Budi Citawan itu. Manis orangnya, untung Remy Ishak. Eh.

Bercakap kepada Harian Metro hari ini, Wan Hanafi Su berkata yang beliau memang kenal rapat dengan Remy Ishak dan tiada masalah untuk anak gadisnya itu untuk berkawan intim dengan dengan jejaka tersebut.

"Kalau mereka berkawan begitu, saya tak ada halangan. Kebetulan saya memang kenal Remy dan menyenangi sikapnya. Jadi apa salahnya kalau memang mereka berkawan, saya restui saja," ujar Wan Hanafi Su mengulas spekulasi ini.

Pelakon filem Laga ini juga berkata yang beliau enggan mengulas lanjut perkara ini kerana ianya bersifat peribadi dan tidak perlu untuk ditonjolkan atau menjadi bahan sensasi. (rtky/m)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan