Nuffnang

Ahad, 12 Januari 2014

Pierre Andre - Google Blog Search

Pierre Andre - Google Blog Search


(Tahniah) Isteri <b>Pierre Andre</b> Hamil 8 Minggu | Oh! Artis

Posted: 18 Nov 2013 08:31 PM PST

ohartis-pierre-andre-isteri

Setiap pasangan yang berkahwin pastinya menantikan kehadiran cahayamata sebagai penyeri rumahtangga. Nampaknya pelakon dan pengarah Pierre Andre tidak perlu menunggu lama untuk menanti kehadiran insan baru dalam hidup kerana isterinya Siti Nur Hidayah Hashim telah disahkan mengandung 8 minggu.

"Saya bersyukur kepada Allah kerana memberi nikmat yang saya sendiri tak boleh jangka. Saya tak sangka, namun pada masa yang sama juga berasa teruja sangat apabila mendapat tahu isteri saya mengandung". jelas Pierre.

Ketika berkongsi berita gembiranya, Piere memberitahu bahawa dia baru sahaja mendapat tahu isterinya hamil selepas buat pemeriksaan doktor tiga hari lepas. Namun, Piere berasa pelik berita kehamilan isterinya cepat diketahui umum sedangkan dia belum sempat memaklumkannya hal tersebut walau di mana-mana laman sosial sekalipun.

Menurut Pierre bukan sahaja dirinya insan yang paling gembira tetapi begitu juga ibunya iaitu pelakon vateran Khatijah Tan memandangkan ini adalah cucu pertama keluarganya. Ditanya keadaan isteri, Pierre memberitahu bahawa isterinya mengalami alahan yang sangat teruk sehingga dimasukkan ke wad.

"Kelmarin isteri saya terpaksa dimasukkan ke wad selama satu hari bagi memasukkan air. Sekarang ini apa saja yang dia makan, dia akan muntah balik. Alahan yang dialaminya itu sangat merisaukan saya lebih-lebih lagi usia kandungannya masih baru sangat. Apapun, saya mengharapkan doa dari kawan-kawan agar segalanya berjalan dengan lancar," ujar Pierre mengakhiri perbualan.

ohartis Isteri Pierre Andre Hamil 8 Minggu

OHARTIS: TAHNIAH BUAT PIERRE DAN ISTERI. SEMOGA ANAK YANG BAKAL DILAHIRKAN MENJADI ANAK YANG SOLEH/SOLEHAH.

"Jangan Terus Menghukum" – <b>Pierre Andre</b> - Gua.com.my

Posted: 21 Nov 2013 08:00 AM PST

Dalam pada masyarakat kecoh memperkatakan tentang kejadian 'misteri' membabitkan 'kehilangan' seorang remaja lelaki di sebuah banglo usang, 'Villa Nabila' yang berlaku Ahad lalu, tiba-tiba nama pelakon serta pengarah, Pierre Andre turut dikaitkan dengan insiden terbabit.

Semuanya gara-gara kumpulan 30 remaja terbabit dikatakan tertarik untuk berkunjung ke Villa Nabila selepas menonton filem seram arahan pengarah tersebut, 'Highland Tower' sebelum kejadian. Ekoran daripada kejadian itu, Pierre dipersalahkan kononnya filem arahannya itu memberi pengaruh yang tidak baik kepada masyarakat.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya jika mereka kaitkan kejadian itu dengan filem Highland Tower. Highland Tower hanyalah sekadar hiburan untuk kepuasan masing-masing dan saya hanya mengisi kekosongan yang industri kita perlukan. Walau bagaimanapun, itu pendapat masing-masing dan saya tak boleh nak tutup mulut orang. Saya tak ada masalah dan tak marah kerana itu pendapat individu, namun janganlah tuding jari dan terus menghukum," ujar Pierre ketika dihubungi GUA.

"Di sini saya ingin tegaskan bukan filem Highland Tower yang memperkenalkan budak-budak ini dengan aktiviti paranormal. Aktiviti paranormal dah lama ada dan saya sendiri sebagai pembikin filem tak menggalakkan remaja buat aktiviti yang boleh menyusahkan diri dan orang ramai ini. Jika orang kata filem bergenre seram boleh merosakkan minda masyarakat, fikirlah dari sudut matang.

Ini permintaan masyarakat yang saya tak mampu tolak. Mereka yang bercakap begitu tidak faham peranan sebenar filem. Jika dilihat dari sudut positif, filem boleh mendidik kerana mempunyai mesej tersendiri untuk disampaikan kepada masyarakat. Apapun, saya tak sangka impak Highland Tower boleh jadi macam ini dan saya anggap ia satu kejayaan kerana filem ini mampu memberi impak yang besar kepada penonton," ujar Pierre.

Difahamkan, kejadian di Villa Nabila ini turut menarik minat produser MIG, David Teo untuk memfilemkan kisah banglo yang ditinggalkan sejak 40 tahun lalu. Menggunakan formula penggambaran yang sama dengan filem 'Highland Tower' iaitu teknik rakaman langsung, David masih menunggu pengarah, kru dan mana-mana pelakon yang sanggup mengambil risiko untuk terlibat dengan filem tersebut.

"Buat masa ini, David Teo tidak berbincang lagi dengan saya mengenai perancangannya untuk membuat filem tentang Villa Nabila. Sebenarnya, bermain dengan paranormal ini tak bagus dan saya sendiri selalu tertekan dengan situasi di lokasi penggambaran filem bergenre sebegini. Jika ada dan jadi sekalipun David Teo nak buat filem ini, saya tidak berminat untuk buat kerana saya kurang gemar dengan filem sebegini. Saya lebih suka buat filem bercorak dakwah kerana selain memberi ketenangan, ia juga memberi lebih ruang untuk saya berkarya."

<b>PIERRE ANDRE</b> BAKAL TIMANG CAHAYA MATA - Blog Mazeer

Posted: 19 Nov 2013 08:18 PM PST

PIERRE ANDRE BAKAL TIMANG CAHAYA MATA | BERITA baik buat peminat pengarah dan pelakon, Pierre Andre yang kini bakal bergelar bapa.
Isterinya, Siti Nur Hidayah Hashim telah disahkan hamil lapan minggu, memetik artikel Media Hiburan.
Bagaimanapun, pada peringkat awal kehamilan ini, isterinya itu mengalami alahan yang agak teruk seperti muntah-muntah selepas makan.
Nur Hidayah juga terpaksa dimasukkan ke wad selama satu hari bagi memasukkan air ke dalam badannya.
Pelakon itu tidak menafikan yang dirinya sedikit gusar dengan alahan yang dialami oleh isterinya kerana kandungan yang masih terlalu baru.
Apapun,kami doakan yang terbaik untuk pasangan ini. Pastinya peminat akan mula menghitung hari untuk melihat wajah bayi mereka beberapa dari sekarang.

P-A-N-A-S-S-S !! ... Rahsia 'BESAR' Suami Saya...
Rahsia Si Genius Kini Terbongkar! Klik Sini!
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan