Nuffnang

Selasa, 29 April 2014

Hans Isaac - Google Blog Search

Hans Isaac - Google Blog Search


<b>Hans Isaac</b> Mahu Umum Sesuatu Pada Disember - Gua.com.my

Posted: 17 Apr 2014 12:08 PM PDT

Pengarah dan penerbit, Hans Isaac memilih untuk tidak terlalu sibuk dengan kerja, sebaliknya membahagikan masa untuk kehidupan peribadinya. Dia kini menetapkan untuk bekerja selama tiga jam sehari bagi menjalani kehidupan yang lebih seimbang.

"Kehidupan peribadi saya kini lebih gembira dan tenang. Namun seperti semua sedia maklum, saya tidak begitu selesa untuk berkongsi kisah peribadi dengan umum serta berkongsi gambar bersama kekasih di media sosial," ujar Hans ketika ditemui di majlis pelancaran wajah baru portal Mstar di Alexis Bistro Gardens pada Khamis.

Enggan mengulas mengenai statusnya bersama Neelofa, Hans hanya mengulas pendek yang dia kini sedang dalam keadaan gembira. Menurut Hans, dia akan membuat satu pengumuman istimewa pada bulan Disember nanti.

Sementara itu, Hans turut berkongsi yang dia bakal mementaskan Teater Muzikal Supermokh pada 8 hingga 21 September di Istana Budaya. Barisan pelakon untuk teater tersebut akan dikekalkan dan harga tiket juga bakal dikurangkan bagi memastikan ianya dapat ditonton oleh banyak pihak.

Selain itu, Hans turut menegaskan yang dia berpegang pada pendiriannya untuk tidak menghasilkan serta mengarah filem Melayu tetapi dia telah menemui semangat baru kepada filem Inggeris serta bercadang untuk menembusi pasaran Singapura.

"Filem ini menggunakan bahasa Inggeris seratus peratus. Ia bukan untuk industri Malaysia, sebaliknya lebih fokus untuk industri antarabangsa tetapi buat masa ini saya masih dalam proses untuk mencari pelakon. Saya mahukan seseorang yang fasih berbahasa Inggeris tetapi dengan cara Malaysia," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan