Nuffnang

Selasa, 29 April 2014

Juliana Evans - Google Blog Search

Juliana Evans - Google Blog Search


(TAHNIAH)<b>Juliana Evans</b> Tamatkan Pengajian Di Western Michigan <b>...</b>

Posted: 27 Apr 2014 10:02 PM PDT


Bukan senang untuk seorang selebriti meninggalkan dunia lakonan untuk menyambung pelajaran dan mengejar segulung ijazah lebih-lebih lagi di kala populariti sedang meningkat naik. Namun itulah yang telah diharungi oleh Juliana Evans yang mengambil keputusan untuk sambung belajar di Western Michigan University 2 tahun yang lalu. Kini segala penat lelah itu terasa berbaloi apabila segulung ijazah berada di tangan pelakon cantik ini.

juliana evans tamat belajar

Kini berusia 24 tahun, Juliana Evans telah menamatkan pengajiannya dalam bidang Sarjana Muda Komunikasi di Amerika Syarikat. Turut hadir di hari bersejarah ini ialah ibunya. Jelas terserlah kegembiraan di wajah Juliana Evans. Lepas ini bolehlah balik Malaysia dan kembali aktif dalam industri hiburan. Abang Nara yakin ramai yang merindui anda.

juliana evans

Sebelum ke Amerika Syarikat, Juliana Evans pernah dikaitkan mempunyai hubungan percintaan dengan Zizan Razak. Namun kini seperti yang kita ketahui, Zizan sudah pun mempunyai kekasihnya sendiri iaitu Emma Maembong. Ini bermakna Juliana Evans masih "single". Peluang baik untuk jejaka-jejaka di Malaysia mencuba nasib sempena kepulangannya kelak. Hehehe.

juliana evans tamat belajar

Apa pun, tahniah diucapkan buat Juliana Evans atas graduasi anda. Semoga ijazah yang dibawa pulang akan membantu daripada apa jua segi. Diharap Jue tidak bersara dari bidang hiburan dan akan kembali aktif selepas ini. Tahniah Jue!!!

P.S: Baju putih yang dipakai oleh Juliana Evans adalah tajaan PuncaQaseh Wed's.

Baca Yang Ini Pulak:-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan