Nuffnang

Selasa, 29 April 2014

Sharnaaz Ahmad - Google Blog Search

Sharnaaz Ahmad - Google Blog Search


Fauzi Nawawi Tunggu Surat Saman <b>Sharnaaz Ahmad</b> | Oh! Media

Posted: 25 Apr 2014 09:30 PM PDT

ohmedia-gaduh-sharnaaz-fauzi

Isu pertengakaran antara Lisdawati dan Sharnaaz Ahmad turut melibatkan suami Lisdawati iaitu Fauzi Nawawi untuk turut sama campur tangan demi membela isterinya.

Menurut Fauzi, dia tidak mahu mengambil sebarang tindakan sebaliknya hanya menunggu surat saman daripada Sharnaaz seperti mana yang dinyatakan sendiri oleh hero drama 'Bukan Kerana Aku Tidak Cinta' itu melalui media beberapa bulan lalu. Walaubagaimanapun, Fauzi bersedia untuk bersemuka dengan Sharnaaz bagi menyelesaikan isu ini secara baik.

"Saya tak nak ambil apa-apa tindakan sebab saya tahu dia muda, ada panas barannya. Dia pun ada ramai peminat. Jadi saya tak nak layan orang yang panas baran ni. Tapi saya dengar dia nak saman saya, Alhamdulillah. Jadi sekarang ni saya tengah tunggu surat saman dari dia lah ni. Setakat ini saya tak dapat apa-apa surat dari penguam dia. Kalau boleh saya minta dia cari penyelesaian yang seeloknya. Kalau dia tetap nak saman, dia boleh saman. Kalau dia nak berdepan dan selesai cara baik, saya bersedia", tuturnya.

Susulan kenyataan yang dikeluarkan Sharnaaz baru-baru ini untuk menyelesaikan isu ini selepas Lisdawati selamat bersalin, Fauzi berkata;

"Tak ada logiknya nak tunggu isteri saya bersalin atau tidak sebab isteri saya sihat walafiat. Hari ini (semalam) dia masih lagi boleh terbang ke Sarawak. Masa dia menunaikan umrah baru-baru ini pun, dia mengandung dan dalam keadaan sihat. Jadi tidak ada alasan langsung. Sebab kalau setakat dia nak selesaikan perkara ini secara baik dan tak bergaduh, ia tak akan mempengaruhi kandungan isteri saya", katanya.

OHMEDIA: GADUH-GADUH PUN, NANTI JUMPA JUGAK. ELOKLAH SELESAIKAN DENGAN CARA BAIK.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan