Nuffnang

Khamis, 22 Mei 2014

Diana Amir - Google Blog Search

Diana Amir - Google Blog Search


<b>Diana Amir</b> – &#39;Baguslah Saya Bawa Suami&#39; | MYNEWSHUB

Posted: 01 May 2014 09:02 PM PDT

TAK tahulah mengapa ada manusia yang berfikiran cetek sehingga perlu mempersoalkan perihal suami-isteri yang sentiasa bersama.

Kalau dah namanya halal, apa salahnya? Nanti kalau tak kerap bersama, dikatanya pula ada masalah rumahtangga.

Ternyata tempias negatif ini turut terkena pelakon dan pengacara, Diana Amir yang dikatakan sering membawa suaminya ke lokasi penggambaran dan majlis tertentu, memetik OHBULAN!.

Katanya:

"Baguslah saya bawa suami, nak bawa siapa lagi? Kenapa benda yang halal orang nak pertikaikan? Benda tu lagi bagus. Kira mengelakkan fitnah. Kalau pergi sorang-sorang lagi bahaya sebab saya perempuan. Jadi saya bawalah suami, memang orang yang sepatutnya melindungi kita. Saya rasa tak ada masalah.

"Kalau saya pergi shooting biasanya dia tak ikut. Yang mana dia ikut ialah kerja-kerja macam forum. Sebab forum biasanya saya pergi jauh dan balik malam. Kalau pergi shooting, saya nak dia ikut tapi dia yang tak nak."

Kami setuju 100 peratus dengan kenyataan Diana itu. Abaikan saja mulut-mulut negatif sebegini.

Lumrah sesetengah manusia agaknya, mudah cemburu melihat kebahagian dan kesenangan orang lain, tak gitu?

Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY

Tiada ulasan:

Catat Ulasan