Mizz Nina - Google Blog Search |
Hajjah, Homegirl, Hijabsta, From Kuala la la Lumpur: <b>Mizz Nina</b> - atiya Posted: 21 Apr 2014 08:42 AM PDT News feeds di Instagram Mizz Nina menjadi klik "Likes" kesukaan kebanyakan para Muslimah khususnya. ATIYA.my mendekati Mizz Nina untuk menyelami kerohanian dirinya yang mula menjadi inspirasi para peminat Muslimah. Apa agaknya ayat suci Al-Quran yang paling menyentuh jiwa Hajjah fashionista ini?
Pada pendapat saya, seorang Muslimah harus menutup auratnya seperti rambut dengan mengenakan hijab, memakai pakaian yang longgar, tidak terlalu sendat serta tidak menunjukkan susuk tubuh. Walaupun demikian, ia tidaklah bermakna bahawa Muslimah tersebut tidak boleh tampil bergaya atau merasa selesa dengan pakaian yang dikenakannya. Selain itu, ia juga sangat penting untuk kita tidak menghukum seseorang Muslimah berdasarkan apa yang dipakainya kerana setiap Muslimah mempunyai perjalanan serta cerita mereka sendiri, masing-masing melalui peringkat penghijrahan yang berbeza. Apa yang ingin saya sampaikan di sini adalah jika anda ingin memperbaiki diri, pastikan pemakaian sekarang lebih baik dari sebelumnya dan penting untuk tidak kembali kepada cara lalu – ia lebih kepada memperbaiki diri untuk menjadi seorang Muslimah yang baik demi mencapai tahap yang seterusnya. Sebagai contoh, jika dulu anda gemar mengenakan seluar jeans ketat, apa kata sekarang anda cuba memakai seluar yang tidak terlalu ketat.
Saya sebenarnya masih di peringkat awal dalam pengajian Al-Quran dan sedang mempelajari maksud ayat-ayat yang terkandung di dalam-Nya. Surah Al-Fatihah walaupun ringkas tetapi mempunyai maksud yang mendalam kerana sebagai orang Islam, kita membacanya setiap kali bersolat. Ada ketikanya saya mengalirkan air mata sewaktu mendengar Imam membaca ayat-ayat suci Al-Quran kerana merasa sangat terkesan. Oleh itu, penting bagi kita untuk memahami apa maksud setiap ayat yang terkandung di dalam Al-Quran. Selain surah Al-Fatihah, surah Al-Asr juga turut menyentuh jiwa saya kerana ia berkait dengan apa yang sedang saya lalui sekarang – banyak masa yang telah kita persiakan, saya rasa kita kesuntukan masa dan perlu bangun dari mimpi kerana banyak amalan yang perlu dilakukan selagi kita berada di dunia di samping mengingatkan satu sama lain tentang kebenaran. Antara lain, saya juga suka ayat Kursi serta ayat Tiga Qul.
Saya ingin lawati Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis, akan tetapi kerana persengketaan yang berlaku dengan Israel ia mungkin rumit. Selain itu saya ingin mengunjungi Sepanyol kerana banyak peninggalan sejarah Islam seperti masjid-masjid lama yang cantik dan dijaga rapi. Oleh kerana peperangan yang berlaku, banyak negara-negara Islam lain yang tidak dapat saya lawati seperti Syria dan Lubnan. Mungkin suatu hari nanti apabila keadaan kembali reda.
Alhamdulillah… saya baru saja selesai menamatkan program Perfecting My Solah di Pertubuhan Al-Khadeem yang terletak di Petaling Jaya beberapa hari yang lalu. Apa yang saya pelajari adalah cara-cara bersolat mengikut sunnah Rasulullah (SAW). Insha-Allah saya akan cuba praktikkannya dalam solat dan sentiasa cuba memperbaiki cara bersembahyang sepanjang hayat saya. Selain itu, antara sunnah yang cuba saya amalkan adalah solat Tahajjud.
Saya sememangnya telah mengurangkan tabiat berbelanja berbanding dulu dan lebih bersederhana sekarang, ia sesuatu yang saya usahakan berterusan. Saya juga jarang keluar untuk melakukan aktiviti santai sepertimana yang sering saya lakukan dulu.
Sebetulnya, saya juga masih baru dalam bidang fesyen Mulimah ini. Banyak yang perlu saya pelajari sebenarnya daripada semua usahawan Muslimah yang turut berada dalam bidang ini. Alhamdulillah… ingin saya katakan di sini bahawa mereka benar-benar membantu dalam menjayakan perniagaan saya ini. Nasihat saya kepada usahawan muda di luar sana, jika anda benar-benar mahu menceburi bidang ini, pertama, amat penting untuk memahami apa yang sepatutnya para Muslimah pakai dan bagaimana mereka sepatutnya digambarkan. Masih jauh perjalanan saya dalam bidang ini dan masih banyak yang perlu saya timba tentang apa yang dibenarkan serta diterima dalam berpakaian dan yang paling penting adalah untuk mematuhi syariat Islam dan bukan memenuhi kemahuan masyarakat.
Amalkan pemakanan kerap dalam sehari dengan kuantiti yang terkawal. Lebihkan buah-buahan serta sayur-sayuran dalam diet seharian dan banyakkan minum air kosong. Makanlah makanan yang segar. Cuba kurangkan pengambilan nasi, gula serta makanan bergoreng. Elakkan dari mengambil makanan diproses kerana kandungan bahan tidak asli yang tinggi. Jangan lupa untuk bersenam sekurang-kurangnya dua ke tiga kali seminggu kerana bukan saja ia dapat menyihatkan badan, bahkan mampu mengurangkan stress serta membuat diri jadi gembira.
Sudah pastinya kemahiran memasak. Saya ingin belajar memasak pelbagai hidangan makanan dengan cara-cara mudah dan ringkas untuk menyediakannya.
Pada ketika ini, saya tidak mempunyai apa-apa perancangan untuk kembali atau melakukan mana-mana projek berkaitan muzik. 10. Ikon hijab yang menjadi inspirasi Mizz Nina? Muslimah berhijab secara keseluruhannya. Mereka yang saya temui dalam aktiviti seharian, di pusat rekreasi, di media sosial seperti Instagram serta sahabat-sahabat saya. Mereka semua mengagumkan saya dengan gaya dan stail tersendiri. Kesemua Muslimah berhijab di dalam mahupun luar negara menjadi inspirasi saya. FOTO: LISA MALAYSIA ISU MAC 2014. |
You are subscribed to email updates from Mizz Nina - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan