Nuffnang

Khamis, 22 Mei 2014

Elfira Loy - Google Blog Search

Elfira Loy - Google Blog Search


<b>Elfira Loy</b> Tak Tahu Ada Masalah Disiplin - Gua.com.my

Posted: 15 May 2014 10:12 AM PDT

Pelakon kecil molek, Elfira Loy tidak cepat melatah ketika ada yang menuding jari kepadanya berhubung isu penerbit teater 'Di Bawah Lindungan Kaabah', Siti Rohayah Atan melahirkan rasa kecewa dengan disiplin barisan pelakon teater tersebut.

"Saya sama sekali tak tahu menahu mengenai masalah disiplin ini kerana tiada sesiapa daripada pihak produksi yang membuka mulut bercakap mengenai perkara ini. Jadi saya enggan memperbesarkan kerana isu ini timbul kerana salah faham semata-mata.

Sebelum menandatangi kontrak lagi kami sudah berbincang mengenai tarikh yang bersesuaian dengan jadual saya. Jadi saya rasa isu itu tidak seharusnya timbul kerana persetujuan telah dibuat atas rundingan bersama," kata Elfira ketika ditemui di majlis pratonton teater tersebut di Istana Budaya, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut Elfira, kontroversi yang melanda dirinya ini tidak mencalarkan portfolionya sebagai seorang anak seni. Baginya, sebagai seorang anak seni perkara sebegini merupakan lumrah kehidupan sebagai seorang artis dan dia juga enggan terlalu memikirkan perkara tersebut.

Dalam perkembangan terkini, Elfira turut berkongsi pengalamannya yang sedang berjinak-jinak sebagai penyampai radio untuk salah sebuah stesen radio tempatan. Dia begitu teruja kerana dapat mencuba bidang baru yang turut berada di bawah cabang seni.

"Saya memang tak sangka yang keinginan untuk mencuba bidang penyampaian radio ini menjadi kenyataan. Saya sekadar ingin mencuba dan akhirnya tawaran diberikan kepada saya.

Bermula sejak bulan April lepas, saya masih di bawah perhatian dan latihan dan pada bulan enam nanti kontrak tamat. Nanti akan ada perbincangan sama ada untuk terus sambung kontrak atau sebaliknya. Walaupun terikat untuk ke konti pada setiap pagi minggu, namun ia sama sekali tidak menganggu jadual kerja saya yang lain," ujar Elfira.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan