Nuffnang

Khamis, 22 Mei 2014

kumpulan Jinbara - Google Blog Search

kumpulan Jinbara - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Jinbara</b> - Google Blog Search

Posted: 04 May 2014 01:49 PM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Jinbara</b> - Google Blog Search

Posted: 31 Mar 2014 01:26 PM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Jinbara</b> - Google Blog Search

Posted: 24 Mar 2014 01:04 PM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Jinbara</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Mar 2014 01:27 PM PST


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Jinbara</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Mar 2013 01:31 PM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Jinbara</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Jan 2013 01:33 PM PST


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Jinbara</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Sep 2012 01:50 PM PDT


Penjenamaan <b>Jinbara</b> | Rock It MySelebriti

Posted: 30 Aug 2012 10:20 PM PDT

DIAM bukan bererti menyepi. Diam-diam kumpulan yang popular dengan lagu Farhana (Puteri Bumi Kenyalang), Jinbara, mereka sebenarnya ligat mempromosikan jenama 'Jinbara' dengan memberi peluang kepada peniaga muda di Kampung Kemensah, Hulu Klang, untuk berniaga melalui bantuan diberikan.

Menurut mereka, inisiatif ini dilakukan sebagai usaha membantu mengangkat nama Kampung Kemensah yang mula terkenal sejak kumpulan terbabit membuka pusat rekreasi iaitu Rimba Jinbara tujuh tahun lalu.

Masing-masing ligat mencari idea bagi mempertahankan Jinbara dengan membuktikan walaupun tanpa kehadiran album baru, mereka masih bergerak aktif.

Bagi pengasas projek, Mohd Jeffry Johari, 38, atau Cepot, peluang itu dilakukan bukan saja untuk mempromosikan kumpulan Jinbara, malah ia sebagai bantuan yang diberikan kepada mereka memerlukan selain anak kampung dan juga ibu tunggal.


Katanya, selain bantuan pekerjaan kepada beberapa ibu tunggal yang terpilih sepanjang bulan puasa lalu berniaga di bazar Ramadan, mereka juga sedang berjinak-jinak mengembangkan produk daripada makanan kini menjual aksesori wanita dan bakal menghasilkan pakaian tidak lama lagi.


"Untuk projek ini saya bekerjasama dengan Mohd Nizam Mohd, 36, atau Aqin dan kami baru saja membuka gerai jualan di Uptown Rampai Business Park, Kuala Lumpur. Sebagai permulaan kami menjual aksesori keperluan wanita dan insya-Allah jika berjaya kami akan mengeluarkan pelbagai produk atas nama Jinbara.

"Pastinya semua ini memerlukan modal yang besar dan perniagaan pula dijalankan oleh anak kampung yang terpilih justeru kami berharap segala-galanya berjalan lancar. Mungkin ada beranggapan kami sangat berani memberikan orang lain menguruskan perniagaan, bagi saya sebagai peniaga pastinya ada untung rugi dan segala yang kami berikan atas rasa kepercayaan jika ditakdirkan ditipu oleh mereka yang dibantu, saya anggap itu salah satu risiko yang perlu ditanggung," katanya.

Bukan saja Cepot dan Aqin, Abd Halim Hassan, 43, atau Anjang juga turut ligat melakukan perkara yang sama di mana baru-baru ini dia memberi dana kepada tujuh ibu tunggal di Shah Alam berniaga Nasi Ayam dan Ayam Penyet Jinbara di bazar Ramadan sekitar Shah Alam.

Katanya, minat membantu mereka timbul sejak dia menyertai Sukarelawan Kota Anggerik, Shah Alam di mana banyak masalah kewangan dihadapi beberapa ibu tunggal dan kurang mendapat perhatian pihak tertentu menarik perhatiannya.

"Setiap kami punyai cara masing-masing untuk mempromosikan jenama Jinbara, walaupun tidak tampil dengan lagu baru kami dengan cara yang kami lakukan diharap dapat terus mengekalkan ingatan peminat kepada kami. Walaupun masing-masing punya cara sendiri, matlamat kami tetap sama iaitu membantu mereka yang memerlukan di samping mengukuhkan nama Jinbara. Saya berharap projek membantu ibu tunggal pada Ramadan tahun depan akan lebih terbuka luas dan mencerahkan lagi peluang kami untuk bekerja keras dan sentiasa diingati peminat," katanya.

Selain Cepot, Aqin dan Anjang, Jinbara yang turut dianggotai oleh Shamsul Bakhtiar Zakaria, 42, (Tiar) dan Ahtan Shahrin Sabudin, 34, (Ahtan) sedang sibuk mempromosikan kompilasi lagu duet mereka bersama Fiq Mentor, Milik Siapakah Gadis Ini lagu asal nyanyian Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad.

Bagi Tiar dan Ahtan walaupun tidak terbabit secara langsung dalam projek penjenamaan kumpulan Jinbara mereka tetap memantau dan menyokong apa saja aktiviti yang dilakukan.

"Saya menyokong setiap pembabitan dilakukan mereka asalkan ia membawa kebaikan kepada kami semua. Sepanjang Ramadan lalu saya tidak terbabit dengan mana-mana kerja dan hanya menghabiskan masa menguruskan anak-anak yang sedang membesar dan insya-Allah selepas ini kami semua akan sibuk dengan promosi album Kolaborasi Mental yang akan berada di pasaran sedikit masa lagi," kata Tiar.

Pada Ahtan, semangat menaikkan nama Jinbara adalah peluang baik untuk mereka sama-sama mempertahankan kumpulan ini supaya tidak berkubur. Kewujudan Rimba Jinbara secara tidak langsung menjadikan mereka duta, sekali gus menarik perhatian peminat untuk berkunjung ke pusat riadah berkenaan.

"Sebagai salah seorang ahli kumpulan ini, pastinya saya menyokong penuh apa juga yang dilakukan oleh teman lain asalkan ia membawa kebaikan kepada semua. Mungkin saya tidak mampu menolong daripada segi modal dengan sokongan moral yang diberikan diharap Jinbara akan terus bertahan dan bertakhta di hati peminat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 31/08/2012

Harian Metro

BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Jinbara</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Mar 2013 01:44 PM PDT


SOFIA, BUNKFACE, <b>JINBARA</b> KONSERT DI UiTM SHAH ALAM <b>...</b>

Posted: 09 Mar 2013 05:30 PM PST

SHAH ALAM 8 Mac - Buat julung kalinya, para peminat muzik tanah air berpeluang untuk melihat persembahan kumpulan rock dari tiga era dalam satu konsert yang akan diadakan di Dewan Sri Budiman, UiTM Shah Alam pada 13 Mac ini.
Para peminat akan berpeluang untuk kembali menyaksikan kehebatan persembahan kumpulan rock yang pernah menggegarkan dunia muzik tanahair dengan lagu-lagu Bunga Padang Pasir, Anak Liar dan Hati Syaitan iaitu Sofea.
Sofea yang juga dikenali dengan nama SYJ akan berganding dengan kumpulan Jinbara yang popular dengan lagu Resah, Farhana, Patah Pusing, Nilai Cinta,
Jerangkung Bernyawa sekitar tahun 2000-2005
Selain itu, Konsert Di hatiku yang merupakan projek akhir pelajar Fakulti Filem Teater dan Animasi UiTM turut akan dijayakan oleh kumpulan Bunkface yang popular dengan lagu Revolusi dan Situasi.
Menurut pegawai publisiti penganjur konsert, Nur Syahirah Abd. Majid, apa yang menarik ialah, ketiga-tiga kumpulan berkenaan dipilih untuk membuat persembahan berdasarkan pungutan suara yang dilakukan ke atas lebih 100 pelajar fakulti tersebut.
"Kami cuba untuk membuat kelainan dengan mengadakan satu konsert mengikut citarasa penonton dan ketiga-tiga kumpulan inilah yang mendapat pilihan paling tinggi dalam pungutan suara yang kami lakukan," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Menurut Syahirah, setakat ini sebanyak 400 daripada 1,500 tiket-tiket konsert bernilai RM25 dan RM50 telah terjual sejak tiket-tiket berkenaan mula dijual dua hari lepas.
Jelas beliau, bagi mereka yang berminat, tiket-tiket konsert tersebut masih boleh diperolehi di UiTM Shah Alam, I-City Shah Alam, Space U8, Plaza Masalam, Giant Shah Alam, dan disekitar Lembah Klang.
Tambah beliau, maklumat lanjut mengenai konsert tersebut boleh diperolehi dengan menghubungi Bahagian Publisiti, Konsert Di Hatiku di talian 013-7089805. - UTUSAN Online

Jika mahu sebar artikel ini sila klik "Blog This" setelah itu artikel terus masuk kedalam blog anda,pastikan blog anda sudah 'Log In'


Tiada ulasan:

Catat Ulasan