Nuffnang

Isnin, 20 Februari 2012

Akim - Google Blog Search

Akim - Google Blog Search


Foto: <b>Akim</b> AF7 Kurus Ketika Zaman Persekolahan | OHBULAN!

Posted: 26 Jan 2012 02:00 AM PST

Kami tak pasti berapa ramai peminat Akim AF7, tapi mengikut akaun Twitter milik Akim yang juga seorang 'twitter tegar', dia mempunyai lebih 43 ribu pengikut dan OHBULAN! pasti, ramai yang mahu melihat wajah Akim ketika bersekolah bukan?

Agak terkejut OHBULAN! apabila melihat gambar-gambar lama milik Akim yang tersebar di beberapa laman hiburan tempatan. Dalam gambar tersebut, Akim kelihatan memakai baju sekolah dan dikelilingi oleh gadis-gadis bertudung yang kami yakin hanya bertudung di sekolah sahaja. Lagi menarik, Akim dulu kurus sahaja berbanding sekarang. Banyak sungguh perubahan Akim ni ya.

Kemungkinan wanita dalam gambar adalah rakan-rakan sekelas Akim atau boleh juga kami katakan peminat-peminat Akim dari sekolah lain. Cuba anda lihat lencana baju sekolah mereka, berlainan bukan? Tak sangka rupanya Akim memang diminati dari zaman sekolah lagi. Cayalah Akim!

Mari lihat gaya bibir kepit Akim ketika zaman sekolah sekarang!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan