Nuffnang

Isnin, 20 Februari 2012

Remy Ishak - Google Blog Search

Remy Ishak - Google Blog Search


Tiz Zaqyah dan <b>Remy Ishak</b> Putus Cinta?

Posted: 15 Feb 2012 05:44 AM PST

Dua pelakon yang hangat bercinta Tiz Zaqyah dan Remy Ishak dikatakan telah putus cinta? sebelum ini Tiz Zaqyah telah menyifatkan dakwaan kononnya hubungan cintanya dan aktor Remy Ishak sudah berakhir hanyalah gosip semata-mata.

Tiz atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak, 23, berkata spekulasi berhubung keretakan hubungan mereka sekitar dua minggu yang lalu mula tersebar di laman sosial Twitter dan Internet ekoran salah faham yang timbul di kalangan pengikut pasangan itu.

"Spekulasi yang mendakwa hubungan kami berakhir baru-baru ini adalah salah faham daripada orang ramai sehingga menyebarkan perkara yang tidak berasas itu," katanya

Tiz ditemui pada majlis pra tonton filem terbarunya Cinta Kura-Kura yang berlangsung di Cathay e@Curve, Mutiara Damansara, di sini, malam Selasa.

Ketika diminta untuk menjelaskan secara terperinci mengenai kesahihan dakwaan tersebut, Tiz bagaimanapun enggan untuk mengulas lebih lanjut.

"Saya tidak mahu komen lebih lanjut kerana dakwaan itu tidak berlaku.

"Apa yang terpampang dalam kemas kini akaun Twitter sebelum ini tiada kaitan dengan hubungan kami," katanya.

Dalam perkembangan lain, pelakon yang melonjak naik menerusi drama bersiri Nur Kasih ini, berkata pengalaman membintangi filem sulung arahan Nizam Zakaria itu mencabar dan menyeronokkan.

Tiz yang bergandingan dengan aktor Aeril Zafrel, Zizan Razak dan Fizz Fairuz dalam filem tersebut, mengakui berhadapan kesukaran untuk berkomunikasi dengan kura-kura sepanjang penggambaran berlangsung.

"Ini adalah pengalaman pertama saya perlu berkomunikasi dengan haiwan iaitu kura-kura di dalam filem.

"Ia adalah proses yang rumit dan mencabar serta menuntut imaginasi yang tinggi bagi membayangkan watak-watak yang tidak wujud di depan mata," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan