Nuffnang

Isnin, 20 Februari 2012

Bunkface - Google Blog Search

Bunkface - Google Blog Search


BF Rockstation kumpulan <b>Bunkface</b> | Lirik

Posted: 16 Jan 2012 09:26 PM PST

Kumpulan popular Bunkface yang popular dengan lagu 'Panik' ini telah membuka BF Rockstation yang menempatkan butik pakaian dan aksesori, studio jamming dan juga pejabat pengurusan artis, acara dan produksi TV milik mereka.
"BF Rock Station adalah hasil duit poket kami sendiri. Secara kasar kami telah belanjakan RM200,000 untuk projek ini. Selain menjual pakaian dan aksesori kepada peminat, kami juga menempatkan studio jamming dan juga pejabat pengurusan bagi memudahkan semua urusan karier kami nanti. BF Rock Station dibuka dari jam 10 pagi hingga jam 2.00 pagi. Untuk makluman, studio ini bukan untuk kegunaan kami sahaja, tetapi ia juga boleh disewa dengan kadar yang berpatutan. Memang saiz studio tidak terlalu besar, tetapi ia cukup selesa untuk kegunaan pemuzik," ujar Paan.

Bercerita tentang pakaian dan aksesori yang dijual, Paan memberitahu semua baju, seluar, topi, jam tangan dan pelbagai barangan cenderamata yang lain adalah pilihan Bunkface sendiri.

"Memang design kami tidak buat sendiri, tetapi kami ada melantik agen untuk menghasilkan rekaan pakaian yang kami mahu. Semua corak itu tidak mewakili mana-mana fahaman, sebaliknya ia semata-mata ekspresi fesyen yang kami gemari. Satu lagi keistimewaan butik ini ialah, peminat juga berpeluang mendapatkan beberapa barangan peribadi Bunkface. Buat masa ini kami ada sebuah gitar dan papan luncur air yang boleh dijadikan barangan koleksi. Selain barangan daripada Bunkface, peminat juga boleh dapatkan barangan daripada Abstraxx Jingga, Medea Project, Surf Board, Vans dan beberapa jenama lain," ujar Paan lagi.

Jadi untuk semua Bunkers (gelaran buat peminat Bunkface) di luar sana, jangan lupa singgah ke BF Rock Station yang terletak di 9-1, SS15/8B, Subang Jaya, Selangor.

BF Rockstation kumpulan Bunkface @ Lirikami

Tiada ulasan:

Catat Ulasan