Erra Fazira - Google Blog Search |
Salma Perjelas Isu Sombong Dan Komen <b>Erra Fazira</b> – Perak Today Posted: 17 Feb 2012 08:01 AM PST SUBANG JAYA: Juara program Mentor musim kelima, Salma atau nama sebenarnya, Salmah A. Asis dia tidak pernah menerima sebarang tawaran daripada mentornya, penyanyi dan pelakon Erra Fazira untuk membimbingnya dalam kerjaya seni selepas tamat pertandingan itu. Salma berkata, Erra tidak pernah meluahkan apa-apa hasrat kepadanya mengenai perkara itu walaupun dia mahu terus berada di bawah jagaan artis tersebut. "Sejujurnya saya tidak pernah menerima sebarang tawaran daripada Kak Erra untuk membimbing kerjaya seni saya dan sebagai orang baru sudah tentu saya berasa segan untuk meminta seorang artis terkenal sepertinya berbuat demikian. "Saya mengetahui Kak Erra mahu membimbing kerjaya saya hanya melalui media dan ada berhubung dengannya untuk bertemu tetapi dia sedang sibuk sekarang," ujarnya kepada mStar Online. Salma ditemui ketika menghadiri majlis Pra-Kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2011) di sini pada Rabu. Sebelum ini, Erra Fazira dilaporkan agak terkilan apabila melihat perjalanan kerjaya Salma agak perlahan selepas menjuarai program tersebut. Erra dikatakan ada menawarkan diri untuk membantu penyanyi itu menguruskan kerjayanya tetapi ditolak Salma kerana dia mahu membawa haluan sendiri. Dalam pada itu, Salma turut menolak dakwaan sudah sombong hanya kerana memenangi Mentor musim kelima sehingga menolak pelawaan Erra itu. Ujarnya, tiada sebab untuk dia berbuat demikian malah berterima kasih jika ada individu yang sudi menolong bagi menguruskan kariernya sebagai penyanyi. "Saya akan menerima dengan hati terbuka jika Kak Erra benar-benar ingin menguruskan kerjaya seni saya dan jika tahu dari dulu lagi saya akan terima pelawaan tersebut," ujarnya. Sementara itu, ditanya mengenai kehilangannya secara tiba-tiba sehingga gagal dihubungi pihak media, Salma memberitahu dia bercuti di kampung halamannya di Tawau, Sabah selepas tidak sihat. Salma memberitahu, sepanjang sebulan itu dia menghabiskan masa untuk berehat selain berubat secara tradisional mengenai penyakit yang dialaminya. Bagaimanapun Salma enggan mendedahkan penyakitnya itu. -mStar Online |
<b>Erra Fazira</b> Terkilan Dengan Salma Posted: 26 Jan 2012 04:00 AM PST berita | Tempatan Teks oleh Syafiqah Jalal Emel: syafiqah_jalal@digitalfive.com KUALA LUMPUR, 26 JANUARI2012: Penyanyi dan pelakon jelita, Erra Fazira akui terkilan melihat perjalanan kerjaya nyanyian bekas protegenya dalam program realiti Mentor musim kelima, Salma atau Salmah A. Asis yang agak perlahan selepas menjuarai program tersebut. Malah, dia berkata Salma sepatutnya berjumpa dengan orang yang tepat untuk membawanya melangkah jauh serta mengatur kerjaya juga namanya yang sudah dibina sejak menjuarai Mentor musim kelima itu. "Selepas sahaja habis Mentor 5, saya ada menawarkan diri untuk membantunya serta menguruskan kerjayanya sebagai seorang penyanyi. Namun Salma menolak kerana mahu membawa haluan sendiri. "Tapi sehingga kini, saya agak kecewa apabila melihat keadaanya yang masih terumbang-ambing membawa haluan diri sendiri dalam bidang ini. "Sayang juga dengan nama yang telah ditempanya sebagai seorang juara. Bagi saya, juara bukanlah tiket untuk dia berjaya dalam bidang nyanyian kerana dia perlu banyak usaha lagi untuk kekal dalam indusrti ini. "Saya pasti dia boleh pergi jauh jika dia dapat berjumpa dan dibawa oleh orang yang benar-benar tahu mengenai selok-belok industri muzik ini. "Walau bagaimanapun, sebagai bekas mentornya saya masih lagi terbuka untuk membantu sekiranya dia meminta pertolongan daripada saya," katanya selepas sidang media Pilih Kasih 3, petang semalam. Selepas menjuarai Mentor 5, Salma membuat keputusan untuk tidak mengambil mana-mana pengurus untuk mengurus kerjayanya sebaliknya bergerak sendiri. Sungguh pun begitu, Erra Fazira masih berharap agar Salma lebih bijak mengatur kerjayanya dalam bidang nyanyian supaya dia berpeluang kekal lama dalam industri sebaris dengan artis realiti yang sudah berjaya lain. "Saya lihat Salma masih mencari identitinya sendiri. Saya takut dia tersalah memilih identiti atau genre muzik untuk dipersembahkan. "Saya tahu, dia sukakan muzik rock dan cuba untuk membawa identiti rock. Tapi sayang orang lebih suka melihatnya membawakan lagu pop dan balada. "Tidak salah memilih genre muzik yang kita suka. Tetapi apa yang penting untuk bertapak dalam industri muzik, pertama sekali dia perlulah mengutamakan kemahuan peminat pada waktu itu. "Bila kita sudah benar-benar dapat menempa nama dalam idusrti, barulah seseorang artis itu berpeluang untuk memilih muzik yang dia suka kerana waktu itu dia sudah ada pengikutnya sendiri," luah Erra Fazira lagi. Erra Fazira yang selesa bergerak sebagai juri bakal menjadi pembimbing dan juri untuk program realiti Pilih Kasih musim ketiga bersama penerbitanya, Rosyam Nor. |
You are subscribed to email updates from Erra Fazira - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan