Nuffnang

Selasa, 14 Februari 2012

Misha Omar - Google Blog Search

Misha Omar - Google Blog Search


<b>Misha Omar</b> Kini Suri Rumah Sepenuh Masa

Posted: 10 Oct 2011 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

Teks oleh Haswari Ali

KUALA LUMPUR, 10 OKTOBER 2011: Awal tahun ini, industri hiburan tanah air telah digemparkan dengan gosip perkahwinan penyanyi dan pelakon kecil molek kelahiran Kelantan, Misha Omar, 29 dengan seorang jejaka berstatus Datuk.

Malah portal murai.com.my telah berjaya mendapatkan kenyataan dari mulut Misha Omar sendiri yang mengatakan gossip berkenaan adalah fitnah semata-mata dan memberi tahu dia masih bujang serta tidak pernah berumah tangga.

Mungkin kerana gosip yang tidak berasas itu, Misha Omar nampaknya lebih selesa memilih untuk berdiam diri daripada terus muncul di kebanyakan medium media sama media elektronik mahupun cetak.

Ditemui ketika sesi fotografi bersama produk kecantikan Shiseido baru-baru ini, Misha Omar yang bakal meraikan ulang tahun ke-30 pada Januari tahun depan mengakui bahawa dia kini lebih selesa berdiam diri daripada muncul di kebanyakan majlis mahupun acara sosial.

"Entahlah mungkin sudah cukup rasanya untuk saya muncul di majlis-majlis tertentu atau wajah saya terpampang di dada akhbar. Semua sudah saya kecapi. Maklum sajalah, sudah lebih sepuluh tahun saya mengabdikan diri dalam bidang seni.

"Kalau beberapa tahun di awal pembabitan saya, mungkin saya rasa ianya sangat penting tapi sekarang yang terbaik ialah dengan mengurangkannya.

"Bagi saya mengisikan masa saya bersama Adam (anak angkatnya) yang semakin membesar adalah lebih penting sekarang ini," katanya yang manis dengan solekan daripada sentuhan Baby Elle menggunakan berus dan bedak asas terbaru dari Shiseido.

Misha Omar berkata, banyak perkara yang telah terjadi di dalam hidupnya kebelakangan ini termasuk berhadapan dengan masalah kesihatan dan juga bergelut dengan masa, gara-gara ketiadaan pembantu rumahnya sejak sebelum Ramadan lalu.

Dek kerana ketiadaan pembantu rumah, jadual harian pelantun suara Adam Dan hawa itu juga turut terganggu kerana perlu memberi tumpuan kepada anak dan juga kerja hariannya di rumah sebagai suri rumah sepenuh masa.

"Inilah pertama kali saya terpaksa melakukan tugas sebagai suri rumah sendiri. Selama ini pembantu rumah saya telah banyak meringankan beban saya dan sekarang baru saya rasai kesukaran membuat kerja-kerja rumah.

"Sejak Ramadan lalu sehingga sekarang, saya akan pastikan untuk bangun seawal jam 5.30 pagi. Saya akan mandikan Adam, basuh pakaian, menyiapkan sarapan, hantar Adam ke sekolah dan kemudian sambung semula tugas di rumah sehingga petang.

"Baru saya tahu bahawa bukannya mudah melakukan kerja sebagai suri rumah dan saya sangat bertuah kerana saya dapat merasaikannya sendiri, malah saya yakin saya kini lebih selesa melakukannya sendiri serta semakin mahir," katanya.

Tidak tahu bila agaknya dia akan mendapat pengganti pembantu rumah yang baru, Misha Omar berkata kerana tanggungjawab berkenaan dia terpaksa melepaskan banyak tawaran dalam bidang seni demi memastikan kebajikan anaknya tidak terabai.

"Saya bukan seorang yang cerewet dalam soal mencari pembantu rumah dan tidak pernah pula menetapkan sebarang peraturan. Asalkan dia pandai membuat kerja rumah, menjaga Adam ketika ketiadaan saya dan usianya mestilah antara 20 hingga 25 tahun.

"Walaubagaimanapun saya puas hati, sejak menjadi suri rumah, hubungan saya dengan Adam semakin rapat dan saya lebih yakin dengan kebersihan keadaan rumah saya kerana semuanya dilakukan saya sendiri," katanya penuh ceria.

Tiada ulasan:

Catat Komen