Jamal Abdillah - Google Blog Search |
:: MYARTIS.COM ::: <b>JAMAL ABDILLAH</b> NAFI NAK KAHWIN Posted: 01 Feb 2012 01:00 PM PST Penyanyi yang telah pulih daripada masalah dadah, Jamal Abdillah, 53, menafikan yang beliau akan berkahwin baru tidak lama lagi. Katanya, dia masih belum terfikir untuk mencari teman hidup dan lebih selesa bersendirian di samping dua anak lelakinya Osama Yamani, 11, dan Ahmad Zaki Yamani, 6. Malah dakwaan kononnya Jamal kini sedang berkawan rapat dengan seorang wanita, turut ditolak sambil beliau menegaskan tumpuannya kini hanya pada kerjaya dan anak-anak. Tambahnya, dia masih belum bersedia untuk mencari pengganti seorang insan yang bergelar isteri. "Saya sibuk dengan pelbagai tanggungjawab dan kerjaya seni dan tiada masa untuk bercinta," kata Jamal dipetik sebagai berkata. Untuk info, Jamal pernah berkahwin tiga kali bersama Basariah Abdul Latiff, Nor Aina Yusuf dan terakhir Fatimatuzahra Samad di mana mereka bercerai pada 15 Mei 2007 setelah dikurniakan anak lelaki. Mungkinkah pengalaman perkahwinan lampau kini membuat Jamal fobia dengan perkahwinan? Atau dia sengaja menyibukkan dirinya untuk melupakan kenangan lalu yang penuh onak duri dalam hidupnya? Jawapannya, hanya Jamal sahaja yang tahu. Bak kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Harapan kita, moga Jamal terus tabah dan bakal dipertemukan nanti dengan wanita yang dapat membimbingnya hingga hujung nyawa. Amin..! |
You are subscribed to email updates from Jamal Abdillah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan