Nuffnang

Sabtu, 9 Jun 2012

Erra Fazira - Google Blog Search

Erra Fazira - Google Blog Search


<b>Erra Fazira</b> sangkal dakwaan guna khidmat kaunseling - Tupai

Posted: 05 Jun 2012 01:30 AM PDT

Primadona Malaysia, Erra Fazira atau nama sebenar Fazira Wan Chek menyangkal dakwaan bahawa dia dan suami, Engku Emran Engku Zainal telah mengambil khidmat kaunseling berikutan masalah rumah tangga yang dialami mereka berdua. 

Erra turut merayu kepada pihak bertanggungjawab itu agar menghentikan tohmahan yang tidak benar, kerana ujar Erra lagi, dia dan suami tidak pergi mendengar khidmat kaunselor yang diberitahu sebelum ini. Dia turut menambah bahawa perkara tersebut tidak perlu dipercayai dan mengarut. 

Dipetik dari laporan mStar, Bukan sekali dua berita ini disampaikan, malahan sejak setahun yang lalu berita keretakan rumah tangga Erra Fazira heboh diperkatakan, namun dinafikan Erra sendiri. 

"Saya pelik kenapa orang yang tulis cerita ini, macam dia pula yang mengalami situasi sebenar, sedangkan saya yang berkahwin, kenapa mereka seperti lebih tahu apa yang terjadi berbanding saya?". 

"Saya tidak mahu memberi komen lebih mengenai isu ini kerana merasakan ini rumah tangga saya, tidak perlu rasanya saya memberitahu apa yang terjadi. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri." 

Ibu kepada seorang anak perempuan, Engku Aleesya Engku Emran mengakui bahawa kehidupan rumah tangganya memang mempunyai cabaran yang tersendiri, dia juga tidak terlepas dari mengalami situasi yang sama, namun tidak sampai mahu berjumpa dengan kaunselor. 

Selagi boleh dibawa berbincang dia menganggap itu lumrah menjadi suami isteri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan