Nuffnang

Sabtu, 9 Jun 2012

Farid Kamil - Google Blog Search

Farid Kamil - Google Blog Search


DIANA DANIELLE TERIMA CINCIN <b>FARID KAMIL</b>

Posted: 31 May 2012 04:22 AM PDT

Diana Danielle Terima Cincin Farid Kamil ok?? Pelakon cantik berwajah Pan-Asia, Diana Danielle dikatakan telah menerima cincin dari Farid Kamil. Adakah Diana dan Farid sudah bertunang?

Hubungan cinta pasangan kekasih Diana Danielle dan Farid Kamil sudah diketahui umum namun tuan panya badan belum lagi bercadang untuk melangsungkan perkahwinan mereka. Terbaru cincin mas putih bertahtakan sebutir berlian yang disarungkan di jari Diana Danielle mengundang tanda tanya adakah dia sudah bertunang dengan Farid Kamil?

Namun setelah ditanya kepada tuan punya badan, Diana Danielle menjawab cincin tersebut memang pemberian dari kekasih hatinya namun bukan cincin pertunangannya dengan Farid Kamil. Cincin tersebut diberi semasa hari ulang tahun percintaan mereka.

"Ini hanyalah cincin yang diberikan oleh Farid Kamil ketika kami sambut hari ulang tahun percintaan yang kali ketiga kami pada awal tahun ini. "Jangan salah anggap dengan pemberian cincin ini, ia hanyalah hadiah manja-manja sahaja"

Perkembangan terbaru tentang kerjaya seninya sebagai pelakon, Filem lakonan Diana Danielle iaitu Jiwa Taiko baru dilancarkan dan akan menemui penonton di pawagan dalam masa yang terdekat. Kami dari Forblogger mendoakan kerjaya seni Diana Danielle akan berjalan lancar dan hubungannya dengan Farid Kamil akan berkekalan hingga ke jinjang pelamin. - Diana Danielle Terima Cincin Farid Kamil

Rating: 10.0/10 (1 vote cast)
Diana Danielle Terima Cincin Farid Kamil, 10.0 out of 10 based on 1 rating

Respons

10 Artikel Pilihan Ramai...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan