Jamal Abdillah - Google Blog Search |
<b>JAMAL ABDILLAH</b> SELESA MENDUDA Posted: 30 Apr 2012 07:36 PM PDT Jamal Abdillah Selesa Hidup Menduda?? Jamal Abdillah atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Haji Ali, 53, penyanyi terkenal di Malaysia yang sudahpun berada dalam industri nyanyian hampir 33 tahun menyatakan beliau lebih selesa hidup menduda setelah beberapa kali gagal dalam hidup berumah tangga. Dalam kenyataan Jamal Abdillah yang dipetik dari laman Murai, Jamal berkata walaupun beliau masih ada keinginan untuk bercinta lagi (Berkahwin), namun buat masa ini beliau lebih selesa hidup menduda. Jamal Abdillah yang sudah hampir 5 tahun menduda mempunyai 2 orang anak hasil perkahwinannya sebelum ini iaitu Osama Yamani dan Ahmad Zaki Yamani. Bercakap mengenai gosip yang mengaitkan Jamal Abdillah dengan seorang wanita berpangkat datin, beliau menjawab hubungannya dengan wanita yang dimaksudkan hanyalah kenalan dan tiada niat untuk berkahwin. Lagipun Jamal memberitahu di sememangnya mempunyai ramai kenalan berpangkat datin.
Jamal Abdillah rasa bersyukur kerana rezekinya dalam bidang nyanyian tidak putus-putus dengan undangan persembanhan dari pelbagai pihak.Terbaru, Jamal akan membuat persembahan di sebuah Majlis sempena Hari Ibu di Pusat Konvesyen Shah Alam (SACC) anjuran MSiS Events & Services pada tanggal 6 Mei 2012. Kita Doakan yang terbaik untuk Jamal Abdillah dan semoga karyanya terus diminati oleh masyarakat hari ini. -Jamal Abdillah Selesa Hidup Menduda Respons10 Artikel Pilihan Ramai... |
You are subscribed to email updates from Jamal Abdillah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan