Nuffnang

Sabtu, 9 Jun 2012

Faizal Tahir - Google Blog Search

Faizal Tahir - Google Blog Search


<b>Faizal Tahir</b> Mengaku Abaikan Anas, Tisha Tersingkir Dari - RotiKaya

Posted: 03 Jun 2012 07:08 PM PDT

Teka teki akan siapa yang berjaya mara ke pentas akhir Mentor 6 akhirnya terjawab malam tadi. Tisha yang merupakan protegé Ferhad nampak'nya gagal menyakinkan peminat & juri.

Hanya berjaya mengutip 86 markah keseluruhan untuk dua pusingan separuh akhir, Tisha terpaksa akur dengan rezeki beliau di pentas Mentor 6 hanya sampai di'sini.

Anak didik Ferhad itu berkata mustahil tidak ada perasaan terkilan apabila di'umumkan terkeluar daripada saingan namun beliau mengharapkan rezeki dalam dunia hiburan selepas ini.

"Saya tidak anggap markah yang sedikit saya terima minggu lalu sebagai penghalang untuk saya lakukan yang terbaik minggu ini — saya tidak mahu malukan diri sendiri," ujar Tisha.

Sementara itu, Faizal Tahir mengakui yang beliau mengabaikan Anas untuk 2,3 minggu kebelakangan ini kerana terlalu sibuk dengan jadual sendiri apabila di'tanya tentang prestasi anak didik'nya itu yang semakin menurun.

"I'll take the blame untuk prestasi Anas yang anda semua lihat semakin menurun. Sebenarnya, tidak menurun. Anas adalah satu satu'nya peserta yang mempunyai stagnant progress sementara rakan rakan lain ada naik turun'nya," ujar Faizal Tahir yang di'temui ketika sidang media.

Anas akan berentap bersama Caroline & Zatul di'pentas akhir Mentor 6 yang bakal berlangsung pada 10 Jun 2012 ini di Stadium Malawati, Shah Alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan