Nuffnang

Isnin, 17 September 2012

Fida Ibrahim - Google Blog Search

Fida Ibrahim - Google Blog Search


Bekas Kekasih Mamat (Sepah), <b>Fida Ibrahim</b> Nafi Nikah Dengan VIP <b>...</b>

Posted: 23 Apr 2012 11:25 AM PDT

Kepada para peminat Mamat dari kumpulan Sepah yang hanya tinggal nama saja, anda pasti mengenali siapa Fida atau Rafidah Ibrahim ini. Untuk yang masih belum tahu, Fida adalah juara Bintang Pantene 2007 dan juga sepupu kepada diva tanahair, Dato' Siti Nurhaliza.

Terbaru, khabar angin yang bertiup secara tiba-tiba telah menyebabkan nama Fida kembali menghiasi tabloid-tabloid dan laman gosip tempatan apabila Fida dipercayai telah berkahwin dengan seorang VIP secara diam-diam. Dikhabarkan, VIP tersebut adalah seorang usahawan dan yang paling mengejutkan ialah Fida dituduh menjadi isteri kedua VIP tersebut.

"Tuduhan saya bernikah secara senyap-senyap adalah tidak betul sama sekali. Ini adalah fitnah kerana pada waktu yang dikatakan saya melangsungkan pernikahan itu, saya berada di lokasi penggambaran. Jujurnya, saya pun tidak tahu mengenai perkara sehingga ia kecoh diperkatakan di laman Twitter pada baru-baru ini tetapi ia (pernikahan) memang tidak berlaku." – dipetik dari mStar Online.

Sebelum ini, Fida pernah dilaporkan menjalin hubungan dengan seorang VIP yang telah dikenalinya lebih 2 tahun lalu dan pengakuan ini dibuat selepas Fida memutuskan hubungannya bersama Mamat (Sepah) melalui laman gosip tempatan.

Apa yang pasti, OHBULAN! sudah beberapa kali berjumpa dengan Fida dan daripada keperibadian yang ditunjukkan oleh Fida, OHBULAN! percaya Fida bukannya seorang yang tahu membohong. Kami percaya, Fida ini lurus orangnya. Anda rasa?

Sumber : mStar Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan