Lisa Surihani - Google Blog Search |
Erra Fazira Tarik Diri & <b>Lisa Surihani</b> Bakal Bawa Watak Tun Siti <b>...</b> Posted: 29 Aug 2012 01:17 AM PDT Erra Fazira Tarik Diri & Lisa Surihani Bakal Bawa Watak Tun Siti HasmahMaaf jika kami bersikap perlahan tetapi kami baru sahaja mendapat tahu yang Erra Fazira telah pun sah menarik diri dari pementasan Teater Tun Siti Hasmah di Istana Budaya. Alasan Erra Fazira tidak dapat meneruskan tugas membawa watak utama iaitu Tun Dr. Siti Hasmah adalah kerana jadual kerja yang bercanggah selepas pementasan tertangguh. Teater Tun Siti Hasmah di'jadualkan bermula pada 30 Ogos 2012 ini namun khabar terbaru mengatakan tarikh baru sudah di'anjak ke 14 September 2012 sebagai tarikh mula. Menariknya, Media Hiburan hari ini melaporkan yang tugas Erra Fazira bakal di'galas oleh Lisa Surihani yang sebelum ini di'ura urakan sebagai pilihan kedua produksi. Pementasan teater kali ini kembali menampilkan Esma Daniel sebagai Tun Mahathir & Nazim Othman di'beri cabaran membawa watak Tun Mahathir ketika muda. |
<b>Lisa Surihani</b> Berdebar Jayakan Watak Tun Siti Hasmah - Gua.com.my Posted: 05 Sep 2012 07:07 PM PDT Aktres jelita, Lisa Surihani mengakui rasa berdebar apabila dipertanggungjawabkan untuk menggalas watak sebagai tokoh wanita negara, Tun Dr Siti Hasmah dalam pementasan teater 'Tun Siti Hasmah' yang bakal dipentaskan di Istana Budaya (IB) tidak lama lagi. "Bila pihak IB menghubungi saya untuk menawarkan watak tersebut, saya tergamam seperti tidak percaya. Namun, pada masa yang sama saya berasa teruja untuk terlibat dalam naskhah hebat seperti ini apatah lagi ia merupakan penglibatan pertama saya dalam bidang teater. "Dalam pementasan ini, saya akan membawa watak Tun untuk sesi pertama saja iaitu ketika Tun masih muda dan baru berkahwin. Saya akan berlakon dalam empat ke lima babak dan saya akan cuba buat yang sebaik mungkin untuk menjayakan watak ini," ujar Lisa ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Filem-Filem 2012 Grand Brilliance, di Sri Pentas, petang semalam. Menerima tawaran dalam masa yang agak singkat, Lisa yang kini sedang sibuk menjalani latihan sejak beberapa hari lalu mengakui rasa agak berdebar dan sedikit tertekan untuk menjayakan watak isteri kepada Perdana Menteri Malaysia keempat itu. "Ini kali pertama Lisa terlibat dengan teater jadi banyak perkara yang perlu Lisa belajar. Lisa dah biasa berlakon belakang kamera dan bila kena berlakon dalam skala yang berbeza ini, Lisa rasa lebih segan. Namun, pengarah dan penolong pengarah banyak membantu saya. Mereka ajar saya cara untuk biasakan dengan teknik pernafasan, lontaran suara dan juga sebutan setiap kata. "Mereka juga minta saya meneroka watak ini supaya saya tidak terikat sangat dengan watak tersebut. Tidak dinafikan mesti ada debaran, tetapi saya anggap ini satu cabaran. Saya ambil tekanan ini sebagai satu benda yang positif dan membina diri. Apa saja watak yang saya terima, baik dalam televisyen mahupun layar perak, saya selalu amalkan di mana kita perlu lakukannya dengan sebaik yang mungkin." Ditanya mengenai perasaannya menggantikan Primadona Filem, Erra Fazira bagi watak tersebut, Lisa memberitahu, "Bagi saya individu yang paling sesuai untuk bawa watak Tun ialah Kak Erra sendiri. "Namun nak buat macam mana, keadaan tidak mengizinkan beliau untuk terlibat dalam pementasan kali ini. Baru-baru ini, Lisa ada juga terbaca satu artikel di mana Kak Erra juga suka jika Lisa yang buat watak ini. Bagi Lisa, apa saja yang berlaku, minda kita perlu terbuka." Diusik sama ada Lisa tidak mahu berjumpa dengan Erra bagi mendapatkan tips dan pendapat bagi wataknya memandangkan aktres tersebut sudah berjumpa sendiri dengan Tun sebelum ini, Lisa memberitahu, "Kalau boleh Lisa elakkan sebarang rujukan. Kita teroka watak itu dulu supaya kita dapat melihat warna dalam watak tersebut." Sebelum mengakhiri perbualan, Lisa turut berkongsi keterujaannya melakonkan watak sebagai Tun Dr Siti Hasmah apatah lagi beliau memang mengagumi ikon wanita Malaysia itu. "Saya teruja terlibat dalam pementasan ini kerana saya dah lama mengagumi Tun. Beliau seorang wanita yang rendah diri, bijak dan menakjubkan. Saya sangat menghormati beliau dan bila baca skrip, saya lebih sukakan karakter beliau yang penuh warna-warni. Kalau boleh, saya teringin sangat nak bertemu dengan beliau." |
You are subscribed to email updates from Lisa Surihani - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan