Nuffnang

Isnin, 17 September 2012

kumpulan KRU - Google Blog Search

kumpulan KRU - Google Blog Search


Tampil Single Baru, <b>KRU</b> Dedikasi Lagu Kepada Ibu – Perak Today

Posted: 16 Sep 2012 02:33 AM PDT

Anggota kumpulan KRU, Norman Abdul Halim memberitahu mereka akan melancarkan sebuah single terbaru berjudul Wanita yang ditujukan khas buat ibu mereka Zarina Fenner.

Norman berkata, lagu berkenaan yang ditulis sepenuhnya oleh Edry Abdul Halim itu didedikasikan kepada ibu mereka sebagai tanda peringatan jasa dan pengorbanan wanita itu kepada mereka.

"Secara asasnya lagu itu dibuat untuk menghargai semua wanita tetapi bagi kami tiga beradik ia adalah satu penghargaan buat ibu kami yang banyak memberi tunjuk ajar, memberi nasihat dan sentiasa berada di sisi kami," katanya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis rumah terbuka KRU di sini pada Sabtu.

Norman memberitahu lagu tersebut akan dimuatkan dalam album terbaru mereka yang berjudul KRUNOMENA yang bakal berada di pasaran pada November depan.

Dalam pda itu, Norman memberitahu single terbaru mereka itu akan dilancarkan selewat-lewatnya pada minggu hadapan di laman Youtube sebelum ia dimainkan di semua stesen radio tempatan.

Kata Norman, mereka turut akan melancarkan klip video lagu tersebut sebagai salah satu promosi lagu dan album itu.

"Untuk lancarkan lagu itu secara serentak di stesen radio mungkin sukar pada masa sekarang jadi kami akan melancarkan secara rasmi di Youtube selewat-lewatnya pada minggu hadapan," ujarnya.

Sementara itu, ditanya adakah mereka bersedia untuk membuat persembahan bersempena kelahiran album baru sebagai promosi, Norman memberitahu dia perlu berbincang dengan Yusry dan Edry terlebih dahulu.

Ini kerana kata Norman, komitmen dan jadual mereka yang sangat padat mungkin membataskan hasrat mereka untuk berbuat demikian.

"Barangkali kami akan memperbanyakkan promosi album itu dengan kemunculan klip video dan untuk mengadakan persembahan itu mungkin agak sukar kerana masing-masing sibuk dengan kerjaya," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, pada majlis rumah terbuka KRU disambut meriah dengan kehadiran keluarga terdekat dan rakan-rakan artis seperti Fizz Fairuz, Forteen, Harun Salim Bachik dan Wings.

-mStar Online

BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan KRU</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Sep 2012 07:33 PM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan KRU</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Sep 2012 07:58 PM PDT


<b>Kumpulan</b> Wings Kini Bawah Naungan <b>KRU</b> - Opss Media

Posted: 19 Jul 2012 08:56 PM PDT

Kumpulan Wings Kini Bawah Naungan KRU

Syarikat rakaman KRU Music Group sanggup membuat pelaburan besar untuk mengambil kumpulan rock legenda iaitu Wings bernaung di bawah syarikat mereka. Presiden Eksekutifnya, Norman Abdul Halim berkata, ia merupakan pelaburan terbesar yang pernah dibuat dalam syarikatnya itu selepas setahun membincangkan mengenai hal kontrak mengikut persetujuan kedua-dua belah pihak.

"Kontrak yang telah kami persetujui adalah berdasarkan projek setiap album yang diterbitkan dan ia akan diteruskan sekiranya kedua-dua pihak berpuas hati dengan hasil kerja masing-masing.

"Antara kerjasama yang telah dipersetujui ialah pihak KRU akan menggalas tanggungjawab daripada segi penerbitan, pemasaran dan promosi album. Cuma, kami tidak akan sentuh mengenai konsep album yang dihasilkan.

"Saya percaya, pelaburan yang dikeluarkan berbaloi dan sangat layak bagi sebuah kumpulan legenda seperti mereka," katanya pada sidang akhbar 'Legenda Rock Menakluk Kosmos' di Kafe Hard Rock.

Tambah Norman, Wings akan muncul sebuah album baru berjudul Menakluk Kosmos yang dijangka siap pada September depan. Manakala sebuah lagi album berkonsepkan kompilasi lagu-lagu popular Wings juga akan diterbitkan.

"Pihak kami juga akan memasarkan lagu-lagu pada album tersebut secara digital dan mungkin akan dijadikan sebagai runut bunyi bagi produk filem kami.

"Kalau boleh kami akan buat yang terbaik bagi menjayakan album Wings. Kejayaannya bukan setakat daripada segi penjualan album, tetapi juga dapat mengembangkan lagi industri muzik dengan lagu-lagu tempatan yang hebat," ujarnya.

Wings terdiri daripada Awie (vokalis), Eddie (pemain bass), Black (dram) dan Syam (gitar). Sementara itu, Awie pula berharap, selepas 10 tahun tanpa album, Menakluk Kosmos dapat memberikan kelainan kepada para peminat dengan bantuan pengurusan pihak KRU.

"Selepas 10 tahun tanpa sebarang kemunculan album, kami memerlukan strategi promosi yang kuat. Kerana itu juga kami bersetuju untuk berada di bawah naungan KRU yang hebat dalam soal pemasaran dan publisiti.

"Sekiranya album kali ini berjaya, kami akan meneruskan kerjasama dengan album seterusnya pula," katanya.

Selain Wings, kumpulan MOJO, Forteen, V.I.P, Baby Shima, Ad Azhar, Mira Asyraff dan Kamilia turut berada di bawah naungan KRU Music Group.

Terjah lagi, artikel yang menarik : Hiburan, KRU, Kumpulan Wings

chedinsphere.: <b>Kumpulan</b> 4U2C dan Komik Kawan

Posted: 26 Aug 2012 03:29 AM PDT

<b>Kumpulan</b> Wings Dibeli <b>KRU</b> Music | X Lupa Dot Com

Posted: 19 Jul 2012 03:07 PM PDT

Syarikat rakaman KRU Music sanggup berbelanja besar semata-mata untuk mendapatkan kumpulan rock legenda, Wings, bernaung di bawah label mereka. Presiden Eksekutifnya, Norman Abdul Halim, berkata meskipun jumlahnya besar, ia amat berbaloi dengan status kumpulan rock terhebat disandang mereka ketika ini.

"Boleh dikatakan inilah pelaburan terbesar pernah dikeluarkan label kami setakat ini. Ia merangkumi kos pembikinan album, penghasilan klip video, strategi pemasaran dan juga promosi. Tapi ia tidak menjadi halangan kerana status mereka sebagai legenda rock membuatkan kami rasa perbelanjaan besar yang kami keluarkan itu berbaloi," ujar Norman pada sidang media Lagenda Rock Menakluk Kosmos di ibu negara, petang semalam.

Dengan penyertaan kumpulan popular itu dalam KRU, menurut Norman, ia sekali gus membuktikan label itu bersikap terbuka menerima karya orang lain.


"Sebelum ini ramai mengatakan kami banyak menggunakan tenaga kerja dalaman untuk berkarya. Bagi album Wings nanti, kami tidak akan campur tangan dalam soal rakaman, konsep lagu dan susunan muzik. Semuanya kami serahkan kepada mereka. Cuma kami akan terbabit dalam soal pemasaran, promosi, pembikinan klip video dan juga pemasaran dari segi digital," terangnya.

Norman bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah sebenar dikeluarkan untuk mendapatkan kumpulan terbabit. Sebaliknya dia menyifatkan kerjasama itu sebagai situasi menang-menang buat kedua-dua pihak.
"Kontrak ini dibuat berdasarkan persahabatan dan mengikut projek album. Kalau mereka puas hati, kerjasama ini boleh disambung lagi," kata Norman.

Ambil masa fikir tawaran

Sementara itu, Awie mendedahkan keputusan menerima tawaran itu tidak dibuat dalam sekelip mata. Banyak perkara perlu diambil kira supaya hasrat menghasilkan album terbaik selepas sedekad tanpa produk baru dapat dicapai.

"Sebelum ini memang ada syarikat rakaman lain menawarkan kami untuk menjadi artis rakaman mereka. Namun kami tolak kerana tawaran itu tidak memenuhi kehendak kami.

"Pemilihan KRU Music sebagai label baru kami ini pun mengambil masa agak lama.
Selepas membuat perubahan dari segi kontrak dan masing-masing puas hati, barulah kami bersetuju menyertai mereka," katanya yang menandatangani kontrak itu awal bulan ini.

Kejayaan demi kejayaan dilakar Norman, Yusry dan Edry serta keupayaan mereka mengendalikan label itu membuatkan mereka yakin untuk menerima tawaran berkenaan.

Mengenai pembikinan album yang berjudul Menakluk Kosmos itu, Awie berkata, mereka masih lagi mencari material yang sesuai.

"Ada beberapa lagu sudah pun dirakam dan kami akan masuk ke studio lagi pada hari ketiga puasa. Memang agak sukar untuk kami mencari lagu baru yang sesuai dengan cita rasa masa kini.

"Walaupun ada pembaharuan tapi tanda dagang muzik Wings, iaitu bunyi gitar dan ketukan dram, tetap dikekalkan," ujarnya.

Kali terakhir Wing merakamkan album ialah sedekad lalu menerusi Naga K'ramat terbitan BMG.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan