Nuffnang

Isnin, 17 September 2012

rosyam nor - Google Blog Search

rosyam nor - Google Blog Search


<b>Rosyam Nor</b> Terima Ijazah Kehormat | Rindok Blog

Posted: 17 Sep 2012 06:49 PM PDT

Rosyam Nor Terima Ijazah Kehormat

KUALA LUMPUR – Pemenang Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-21, Rosyam Nor, 45, telah menerima penganugerahan Ijazah Kehormat Sarjana Seni (Keusahawanan Industri Kreatif) daripada Universiti Malaysia Kelantan (UMK) pada Sabtu lalu.

Penganugerahan ini membuktikan kerja kerasnya selama 26 tahun dalam bidang seni diiktiraf oleh ahli akademik.

Rosyam atau nama sebenarnya Mohd Noor Shamsuddin berkata, dia berharap pengiktirafan itu akan menjadi iktibar kepada khalayak umum terutamanya generasi muda agar rajin berusaha dalam apa jua lapangan kerja walaupun tanpa kelulusan yang tinggi.

"Saya masih terkejut dan tersentuh dengan penganugerahan ini. Saya tidak sangka usaha saya pada cabang seni selama 26 tahun dihargai dan mendapat perhatian ahli akademik.

"Kalau diikutkan kelulusan, siapalah saya tetapi apabila lebih 30 ahli senat UMK memberikan pengiktirafan ini, saya berbesar hati menerimanya," katanya ketika dipetik dari Star Online, di sini, hari ini.

Ijazah tersebut disampaikan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V di Kota Bharu, Kelantan bersempena Majlis Konvokesyen kali kedua UMK.

Rosyam berkata, penganugerahan itu juga membawa perubahan besar pada landskap dunia seni tanah air yang selama ini dianggap sinis dan tidak mempunyai masa depan oleh segelintir pihak.

"Jika dulu, dunia seni tanah air kita kecil dan dipandang remeh tetapi pada hari ini ia semakin berkembang dan mendapat pengiktirafan golongan profesional dan akademik.

"Ia adalah perkembangan yang baik untuk anak-anak seni kerana cabang industri ini. Yang penting, kita pelu bekerja keras dan tidak kenal erti mengalah," katanya.

Credit to Mstar

Blog Widget by LinkWithin

Jom Klik LIKE...Sharing Is Caring... :D

Gambar <b>Rosyam Nor</b> Terima Ijazah Kehormat Sarjana Seni

Posted: 16 Sep 2012 10:52 AM PDT

Gambar Rosyam Nor Terima Ijazah Kehormat Sarjana Seni : Gambar Rosyam Nor terima Ijazah Kehormat Sarjana Seni (Keusahawanan Industri Kreatif) daripada Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Gambar Rosyam Nor Terima Ijazah Kehormat Sarjana Seni

Ijazah tersebut disampaikan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V di Kota Bharu, Kelantan bersempena Majlis Konvokesyen kali kedua UMK, pada Sabtu lalu.

"Saya masih terkejut dan tersentuh dengan penganugerahan (ijazah kehormat) ini. Saya tidak sangka usaha saya pada cabang seni selama 26 tahun dihargai dan mendapat perhatian ahli akademik.

"Kalau diikutkan kelulusan, siapalah saya tetapi apabila lebih 30 ahli senat UMK memberikan pengiktirafan ini, saya berbesar hati menerimanya. Saya harap ia menjadi iktibar kepada golongan muda untuk bekerja keras," tambahnya lagi.

Rosyam atau nama sebenarnya Mohd Noor Shamsuddin, 45, berkata, dia berharap pengiktirafan itu akan menjadi iktibar kepada khalayak umum terutamanya generasi muda agar rajin berusaha dalam apa jua lapangan kerja walaupun tanpa kelulusan yang tinggi.

Pelakon yang kini turut bergelar usahawan itu berkata, dia berharap penganugerahan tersebut akan mengukuhkan kepercayaan badan profesional dan kerajaan dalam memberikan peluang untuk dia menyampaikan ceramah berkaitan bidang keusahawan.

Info Artis @ forblogger

Connect Facebook

5.0

Tiada ulasan:

Catat Ulasan