Nuffnang

Isnin, 17 September 2012

Ning Baizura - Google Blog Search

Ning Baizura - Google Blog Search


(TAHNIAH)<b>Ning Baizura</b> Sahkan Dirinya Hamil |

Posted: 13 Sep 2012 06:25 PM PDT

Selepas memberitahu keputusan menarik diri daripada persembahan yang melibatkan syarikat arak, Ning Baizura semalam berkongsi satu lagi berita gembira buat peminatnya. Ning telah mengesahkan yang dirinya disahkan hamil.  Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan atas berita gembira ini.

ning baizura mengandungNing akan mengadakan satu majlis media untuk mengumumkan kehamilannya pada minggu hadapan. Untuk makluman, Ning telah pun berkahwin dengan Omar Shariff pada 31 Januari 2008. Pastinya pasangan suami isteri ini sedang berada di dalam fasa keterujaan. Tahniah sekali lagi.

P.S: Akuarium berbentuk pondak telefon di Osaka Jepun

Baca Yang Ini Pulak:-


Gambar Disalahguna, <b>Ning Baizura</b> Tarik Diri Daripada - Beautifulnara

Posted: 11 Sep 2012 06:09 PM PDT

Respek!!! Itulah kata-kata yang mampu Abang Nara keluarkan selepas membaca press release yang telah dikeluarkan oleh Ning Baizura mengenai penglibatannya di dalam persembahan bersempena Guiness Arthur's Day. Ternyata gambar tersebut telah digunakan tanpa persetujuan daripada pihak Ning Baizura.

ning baizura

Menurut Ning, dirinya telah ditempah oleh pihak pengurusan Souled Out untuk membuat persembahan pada malam tersebut dan bukannya oleh pihak Guiness Anchor Berhad. Apa yang membuatkan Abang Nara tabik spring kepada Ning ialah dia telah pun menarik diri daripada persembahan di Souled Out oleh kerana ada penglibatan daripada syarikat arak.

ning baizura

Ini barulah boleh dikatakan artis contoh. Tahniah kepada Ning Baizura atas tindakan anda. You deserve all the respect in the world. Semoga artis lain menjadikan Ning Baizura sebagai contoh di dalam perkara ini. Baca entri ini sepenuhnya untuk press release lengkap daripada Ning Baizura. Kredit info laman web rasmi Ning Baizura.

P.S: Koleksi bola sepak rasmi Fifa World Cup sepanjang zaman.

NING BAIZURA TIDAK TERLIBATKAN DI PERSEMBAHAN SOULED OUT "GUINNESS ARTHUR'S DAY"

Ning dengan dukacitanya telah mendapati bahawa Gambar Ning telah digunakan tanpa persetujuannya di dalam sebuah poster untuk persembahan bagi acara "Guinness Arthur's Day" yang akan berlansung pada 28hb September 2012 di Souled Out, Mont Kiara. Poster ini telah disebarkan melalui laman internet.

Ning ingin menyatakan di sini, secara spesifik, am dan keseluruhannya, bahawa Ning tidak langsung terlibat dalam promosi "Guinness Arthur's Day" sepertimana yang disalahgunakan dalam poster promosi itu.

Ning Baizura telah ditempah oleh Pihak Pengurusan Souled Out untuk membuat persembahan pada 28hb September 2012 dan BUKANNYA ditempah oleh Guinness Anchor Berhad (GAB). Dengan maklumnya, kami ingin menegaskan bahawa, Ning TIDAK ADA SEBARANG KAITAN DENGAN PIHAK PENGURUSAN GAB.

Ning dan Pihak Pengurusan Happenings memang sentiasa berhati-hati supaya tidak mengaitkan persembahan Ning dengan mana-mana Syarikat yang mempromosikan minuman keras.

Ning dan Pihak Pengurusan Happenings juga tidak mengetahui dan terkejut tentang poster yang telah disebarkan melalui internet.

KAMI INGIN MEMAKLUMKAN KEPADA SEMUA PIHAK BAHAWA NING BAIZURA TELAH MENARIK DIRI DARIPADA PERSEMBAHAN DI SOULED OUT YANG BERTARIKH PADA 28 SEPTEMBER 2012.

Baca Yang Ini Pulak:-


Tiada ulasan:

Catat Ulasan