Nuffnang

Jumaat, 23 November 2012

Along Cham - Google Blog Search

Along Cham - Google Blog Search


Duit Raya Wawa dan Zalif & Shaheizy Sam dan <b>Along Cham</b> Rai <b>...</b>

Posted: 15 Aug 2012 07:57 PM PDT

Kredit gambar: Kosmo!

Selamat pagi! Nak dekat raya ni ramai artis-artis bercerita tentang persediaan, perancangan dan juga pengalaman hari raya mereka. Tak ketinggalan pelakon comel berlesung pipit yang bercerita tentang kenangannya menyambut hari lebaran. Kata Wawa waktu kecil dulu dia selalu pergi mencari duit raya di rumah-rumah jiran sampai ada satu jiran Wawa ni tak bagi dia masuk rumah tau. Alahai kesiannya Wawa.. Tapi sekarang Wawa pula yang sediakan duit raya untuk budak-budak memandangkan rezeki Wawa makin melimpah-ruah sejak kebelakangan ni. Okay kalau korang nak tau tentang persiapan hari raya Wawa seperti tahun ni dia beraya kat mana, baju raya berapa pasang dan hidangan pilihan sempena Aidlfitri korang boleh la selak Kosmo! halaman 38 dan 39. Ohh dan jangan lupa saksikan lakonan Wawa dalam Seram Sejuk yang sudah ditayangkan di pawagam sekarang! 

Kredit gambar: Utusan Malaysia

Selalunya kalau nak raya, kanak-kanak la yang paling gembira sebab mereka dapat duit raya. Bercerita tentang duit raya ni, Zalif Sidek kata yang budak-budak kat kampungnya di Gong Kapas, Kuala Terengganu tak demand sangat berapa mereka dapat duit raya. Kalau dapat 50 sen pun mereka dah bersyukur tau. Bagus betul budak-budak ni yang diberi gelaran 'budak 50 sen' hehehe. Nak tau kisah lebih lanjut tentang kanak-kanak unik ni dan juga persiapan hari raya Zalif Sidek, korang boleh buka muka surat 23 ruangan HitsMega Utusan Malaysia.

Kredit gambar: Harian Metro

Tanpa peminat siapalah artis itu betul tak?? Penangan peminat sangat luar biasa tau sebab mereka ni la yang memberi sokongan dan dorongan kepada artis-artis kesayangan mereka untuk meraih kejayaan. Atas rasa terima kasih kepada peminat, Shaheizy Sam berkongsi bersama Along Cham dengan mengadakan majlis iftar dan meraikan 300 peminat bertuah yang dipilih melalui fanpage Facebook dan Twitter serta diuasahakan sendiri oleh kelab peminat Sam iaitu Shaheizy Sam Loyalty Club. Majlis sebegini memang patut diadakan untuk berkumpul bersama dan mengeratkan silaturahim kan.. Okay korang boleh selak halaman 2 di ruangan Rap Harian Metro hari ini untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang sekitar majlis iftar ni serta perkembangan terbaru Sam dan Along di bulan Syawal.

TAHNIAH!! Calon Yang Berjaya Disenarai Awal Untuk ABPBH 2012! |

Posted: 21 Nov 2012 06:34 AM PST

Angah Raja Lawak & Along Cham tercalon untuk Artis Komedi Lelaki.

Pengumuman calon-calon Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) baru je diumumkan dan tahniah kepada Yana Samsudin, Shaheizy Sam, Wawa Zainal, & Fyza Kader yang menjadi antara calon awal untuk anugerah berprestij nie.

Pekin dicalonkan untuk Pelakon Filem Lelaki & Yana Samsudin untuk kategori Pelakon TV Wanita dan Pelakon Filem Wanita.

Shaheizy Sam, Zalif Sidek, Along & Angah Raja Lawak, Pekin, Pierre Andre, Zalif Sidek serta Zul Suphian adalah antara nama yang telah tercalon untuk Anugerah Pelakon Filem Lelaki. Bukan tu je, Shaheizy Sam juga ada tercalon untuk Anugerah Pelakon TV Lelaki Popular.

Wawa Zainal barjaya disenarai awal untuk 3 kategori: Pelakon TV Wanita, Pelakon Filem Wanita & Artis Baru Wanita Popular.

Untuk Anugerah Pelakon Filem Wanita pula, Diana Amir, Yana Samsudin, Nora Danish, Intan Ladyana dan Wawa Zainal telah berjaya dicalonkan untuk ABPBH 2012.

Fyza Kadir tercalon untuk kategori Artis Baru Wanita.

Wawa, Intan, Yana dan Nora juga telah tercalon untuk Anugerah Pelakon TV Wanita Popular dan Wawa ada lagi satu pencalonan untuk kategori Artis Baru Wanita di samping Fyza Kadir dan Mon Ryanti. Manakala, untuk Artis Baru Lelaki pula, Alex Yanz, Epy Raja Lawak serta Zalif Sidek berjaya melayakkan diri dalam pusingan awal ABPBH 2012.

Zalif Sidek tercalon untuk Artis Komedi Lelaki dan Artis Baru Lelaki bersama Epy Raja Lawak.

Selain kategori Artis Baru Lelaki Popular, Zalif Sidek juga tercalon untuk kategori Artis Komedi Lelaki bersama Along Cham dan Angah Raja Lawak.

Bagi korang yang dah tak sabar mengundi, borang pencalonan akan mula dikeluarkan mulai Khamis ni. Borang undian awal akan disiarkan bagi tempoh lima minggu. Hanya selepas tu barulah senarai lima calon teratas diumumkan, sekali gus memberi peluang untuk peminat sekali lagi memilih artis serta personaliti kesayangan mereka yang layak untuk dinobatkan sebagai popular dalam kategori masing-masing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan