Nuffnang

Jumaat, 23 November 2012

Nora Danish - Google Blog Search

Nora Danish - Google Blog Search


<b>Nora Danish</b> Wanita Idaman Saya – Anuar Zain | MyNewsHub

Posted: 19 Nov 2012 07:57 PM PST

KUALA LUMPUR – Setelah agak lama tidak berbicara mengenai keinginan untuk bercinta, penyanyi lelaki, Anuar Zain jujur mengakui pelakon wanita, Nora Danish adalah ciri-ciri wanita idaman yang dia inginkan selama ini.

Pengakuan Anuar yang dipetik dari laporan Berita Harian hari ini mengejutkan ramai pihak memandangkan selama ini dia tidak pernah berbicara mengenai alam percintaan.

Kata Anuar, sekiranya dia ingin mencari teman wanita, dia mahukan wanita itu seperti Nora Danish kerana sukakan peribadi Nora Danish yang feminin dan manja.

"Memang Nora menepati cita rasa wanita idaman saya. Kalau ada teman wanita pun, saya akan cari seperti dia.

"Saya suka lihat wajahnya dan menyenangi karakternya yang feminin serta manja," kata Anuar.

Walaupun Anuar mengakui tentang perasaannya kepada Nora Danish, jejaka yang sudah menjangkau usia 40-an itu lebih gemar menganggap wanita berkulit putih itu sebagai teman sahaja dan rakan kerja.

Ini kerana Nora Danish terlibat dalam pembikinan muzik video terbaru Anuar yang berjudul Ajari Aku.

Justeru, tidak ada permainan perasaan yang berlaku antara dia dan Nora Danish.

Malah, Anuar menegaskan hubungan antara dia dan Nora Danish hanyalah lebih kepada hubungan yang profesional supaya dapat menjayakan proses muzik videonya.

"Sampai saja di set, kami jalankan tugas masing-masing. Selepas selesai semua tugasan, kami balik rumah. Kami berbual pun mengenai kerja," katanya.

Dalam muzik video Ajari Aku, Nora Danish memainkan peranan sebagai isteri Anuar sendiri dan pembikinan video itu turut digalas sama oleh Datuk Rahim Razali.

Mengulas tentang kerjaya seninya yang agak sunyi ketika ini, Anuar bakal mengadakan konsert solo berskala mega berakhir dengan kemunculan konsert Anuar Zain Tiga Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari.

Konsert solo terbesar itu bakal diadakan pada 16 Februari 2013, sehari selepas sambutan ulang tahunnya.

"Sesuai sambutan 30 tahun saya dalam dunia seni, banyak perkara menarik akan diketengahkan dalam konsert ini. Antaranya, perubahan dari segi susunan muzik.

"Saya sudah memilih lagu yang bakal dinyanyikan dan semuanya lagu popular saya sejak mula menjadi penyanyi. Selain itu, konsert ini juga akan menggunakan skrin LED," terang Anuar.

Oleh: NAIMAH SHAARI

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan