Nuffnang

Jumaat, 23 November 2012

kumpulan Jinbara - Google Blog Search

kumpulan Jinbara - Google Blog Search


Media Shah Alam – PHOTO TERKINI <b>KUMPULAN JINBARA</b> <b>...</b>

Posted: 02 Jul 2012 08:35 PM PDT

Jinbara -Kumpulan ini sedang mengadakan latihan untuk persembahan di Kuala Lumpur beberapa hari lagi,Antara yang hadir semasa sesi latihan ,Anjang,Hakim.Atan,Chepot,Manakala Tiar penyayi kumpulan ini tidak dapat hadir kerana ada urusan, Peralatan muzik disediakan oleh pertubuhan bukan Kerajaan "Persatuan Kebajikan Shah Alam" syabas Jinbara dan "Persatuan Kebajikan Shah Alam" Media Shah Alam sempat merakam beberapa foto untuk tatapan para peminat Jinbara,,,,,,,

See more here:
PHOTO TERKINI KUMPULAN JINBARA-LATIHAN MUZIK

Use this unique QR (Quick Response) code with your smart device. The code will save the url of this webpage to the device for mobile sharing and storage.

BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Jinbara</b> - Google Blog Search

Posted: 28 Jun 2012 12:00 AM PDT


Gosip Artis Malaysia: Lagu Lama <b>Jinbara</b> Bakal Dapat Sokongan <b>...</b>

Posted: 28 Jun 2012 06:15 PM PDT

KUALA LUMPUR: Kumpulan Jinbara yang popular menerusi lagu Zakiah yakin dengan langkah merakamkan kembali lagu lama yang diperbaharui semula kerana trend itu dilihat mampu memenuhi selera peminat.
Vokalis kumpulan itu, Tiar menjelaskan, dengan cara sedemikian mereka dapat menunjukkan rasa penghargaan kepada komposer dan penyanyi asal selain mempopularkan kembali lagu lama dalam versi rock klasik.
"Seperti lagu Zakiah ia berjaya dijual secara digital sebanyak 1.5 juta dan itu adalah bukti kuat bahawa peminat dan pendengar boleh menerima lagu lama yang diberi nafas baru.
"Malah bukan Jinbara sahaja, artis lain yang buat perkara sama turut diterima baik. Jadi kami tidak lihat ia sebagai masalah," ujarnya pada majlis pelancaran album terbaru mereka berjudul Kolaborasi Mental di sini pada Khamis.
Tambah Tiar, setakat ini mereka belum lagi menerima kritikan negatif atau tuduhan seperti merosakkan lagu asal yang dirakamkan mereka.
Dalam pada itu, Tiar memberitahu, album terbaru yang memuatkan lima buah lagu itu turut memperlihatkan kolaborasi mereka bersama-sama artis baru seperti Awi Rafael, Fiq, Cdin Taxi dan penyanyi terkenal iaitu Ramli Sarip.
Tiar memberitahu, proses pemilihan lagu lama yang ingin dirakamkan semula tidak sukar dibuat kerana mereka telah berbincang bersama syarikat rakaman Warner Music.
"Percaya atau tidak kami menyiapkan album ini hanya dalam masa 10 hari sahaja dan cukup mudah bekerja dengan semua artis yang terlibat," ujarnya.
Sementara itu, Tiar memberitahu, Jinbara memilih lagu popular Allahyarham Sudirman iaitu Milik Siapakah Gadis Ini sebagai single pertama mereka.
Katanya, lagu yang diubah menjadi versi rock klasik itu dirakamkan bersama Fiq yang disifatkan mempunyai keupayaan vokal cukup mantap.
"Kami memilih lagu tersebut juga adalah sebagai salah satu cara untuk memperingati pemergian Allahyarham 20 tahun lalu dan diharap ia akan digemari pendengar," katanya.
Selain lagu tersebut Jinbara turut merakamkan kembali lagi Mata Hitamku duet bersama Ramli Sarip, Oh!Mama Saya Mahu Kahwin, Chinta dan Hilang.
Album berkenaan telah pun berada di pasaran sejak Khamis.
Dalam perkembangan lain, Jinbara akan mengadakan satu persembahan khas untuk peminat mereka pada 6 Julai depan bertempat di Sixty3 Club, Hotel Sheraton Imperial di sini.
Menerusi persembahan itu, peminat akan dihiburkan dengan lagu-lagu popular mereka selain beberapa artis jemputan lain.
Peminat boleh mendapatkan tiket persembahan itu dengan harga RM25 di pintu masuk Sixty3 Club pada hari persembahan.

- ---

BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Jinbara</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Mar 2012 12:00 AM PST


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Jinbara</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Mar 2012 12:00 AM PST


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Jinbara</b> - Google Blog Search

Posted: 13 Apr 2012 01:11 PM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Jinbara</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Mar 2012 12:00 AM PST


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Jinbara</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Mar 2012 01:32 PM PST


3000 gamatkan malam puisi | N9 Kini - Portal Berita Negeri Sembilan

Posted: 09 Mar 2012 05:10 PM PST

GAMBANG: 10 Mac – Lebih 3,000 penonton membanjiri Malam Puisi Riong Berita Harian (BH)-Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang diadakan di Kompleks Sukan UMP Kampus Gambang, di sini, malam tadi.

AKSI Daing Nasir ketika mempersembahkan puisi pada Malam Puisi Riong BH-UMP 2012 di Gambang, Kuantan, malam tadi.

Acara bertema 'Menjana Minda Mentransformasi Belia: Suara Hati Generasi Muda' itu menampilkan persembahan Naib Canselor UMP, Prof Datuk Dr Daing Nasir Ibrahim dengan puisi Wasiat Perjuangan dan Pengarang Pendidikan Berita Harian, Muhd Yusuf Abu Bakar dengan puisi Wajah Pemuda.

Pentas Malam Puisi Riong BH-UMP dibuka dengan persembahan oleh penggiat seni Pahang, Roslan Madun, menerusi sebuah lagu puisi berjudul Inong-inong sebelum pelawak terkenal tanah air, Sabri Yunus, mengambil alih pentas sebagai pengacara majlis seterusnya menggamatkan suasana dengan mendeklamasikan puisi humor berjudul Mat Three Four.

Pentas seterusnya menyaksikan persembahan syair oleh penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara (SEA Write) 2004, Dr Zurinah Hassan berjudul Selamatkan Anak-anak Kita; gurindam oleh Penerima Anugerah SEA Write 2005, Abdul Ghaffar Ibrahim (Gurindam Negara Bijak) dan Teromba oleh Ketua Jabatan Kesusasteraan Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Datuk Dr Mohd Rosli Saludin (Wahai Anak Muda).

Acara dihangatkan dengan persembahan Juara Akademi Fantasia 2011, Hazama dan vokalis kumpulan Jinbara, Shamsul Bakhtiar Zakaria atau Tia disusuli persembahan juara rancangan realiti Imam Muda Musim Kedua, Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza, yang menyampaikan persembahan monolog selain persembahan penulis dan penyanyi lagu puisi, Wani Ardi.

Tidak ketinggalan mendeklamasikan puisi dalam acara itu ialah Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UMP (Akademik), Prof Dr Badrulhisham Abdul Aziz; Penolong Naib Canselor Hal-Ehwal Pelajar dan Alumni universiti berkenaan, Prof Dr Yuserrie Zainudin dan wakil Majlis Belia Malaysia (MBM), Ifhamuddin Mohamed.

Acara yang turut mendapat kerjasama MBM dan Persatuan Wanita UMP (MATAHARI) itu turut dianjurkan sebagai sebahagian program pengisian sambutan ulang tahun ke-10 UMP yang disambut pada tahun ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan