Nuffnang

Jumaat, 23 November 2012

Diana Amir - Google Blog Search

Diana Amir - Google Blog Search


<b>Diana Amir</b> Dituduh Buka Hijab Untuk Berlakon? | MyNewsHub

Posted: 30 Oct 2012 03:49 AM PDT

KUALA LUMPUR – Pelakon wanita yang manis berhijab, Diana Amir, 26, melahirkan rasa terharu apabila pengarah muda lelaki, Farid Kamil memohon maaf secara terus kepada dirinya.

Permohonan maaf itu dilakukan kerana filem arahan Farid berjudul PE3 lakonan Diana yang tidak bertudung dan seksi mungkin membuatkan hati Diana terasa.

Filem yang berkisarkan rompakan berprofil tinggi itu adalah lakonan terakhir oleh pelakon wanita yang baru sahaja mengikat tali pertunangan baru-baru ini.

Secara jujur, Diana langsung tidak menyangka Farid akan memohon maaf kepada dirinya beberapa hari sebelum tayangan filem PE3 dijalankan.

"Sebenarnya, beberapa hari sebelum tayangan filem itu, Farid ada menyuarakan permohonan maafnya kerana dia tahu filem itu sedikit sebanyak pasti menyinggung perasaan saya.

"Secara jujurnya, saya tidak menyangka dia akan berbuat begitu tetapi ini menunjukkan bahawa dia adalah seorang yang sentiasa memikirkan perasaan orang lain apatah lagi rakan-rakan artis yang bekerjasama dengannya," kata Diana yang dipetik dari akhbar Mega Hits, hari ini.

Pengambaran filem PE3 telah dijalankan pada awal tahun ini ketika Diana masih lagi tidak bertudung.

Dalam tayangan dan pelancaran filem itu yang diadakan baru-baru ini, Diana dilihat tidak hadir ke majlis tersebut.

Justeru, keadaan itu telah menyebabkan timbulnya cerita kononnnya Diana sengaja untuk tidak hadir dan memberikan komitmen dalam mempromosikan filem arahan Farid.

Namun, Diana menjelaskan punca utama dia tidak hadirkan diri adalah kerana segan untuk melihat dirinya sendiri yang tidak memakai hijab dan menutup aurta.

"Saya bukan sengaja tidak mahu hadir tetapi tindakan itu dibuat kerana imej yang saya bawakan kini berbeza dengan imej yang ditonjolkan dalam filem itu. Saya tidak menyalahkan sesiapa dalam perkara itu kerana sewaktu rakaman filem dilakukan, saya memang belum membuat keputusan untuk berhijab.

"Sungguhpun begitu, memang ada suara-suara sumbang yang menuduh saya dengan mengatakan saya sanggup membuka tudung semata-mata kerana mahu berlakon dalam filem terbabit itu tidak benar," jelas Diana.

Diana mengakui, disebabkan tuduhan seperti itu yang dilemparkan kepadanya, keluarga dan tunangnya juga turut menerima tempias kritikan yang negatif.

Tetapi, Diana bersyukur kerana keluarga dan tunangnya sentiasa memahami dirinya dan sentiasa memberikan sokongan padu untuk dia terus mengorak langkah dalam dunia seni.

"Tuduhan yang diberikan kepada saya pastinya memberikan kesan kepada ahli keluarga dan juga tunang saya tetapi mujurlah mereka memahami situasi yang berlaku," katanya.

Oleh: NAIMAH SHAARI

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan