Shila Amzah - Google Blog Search |
<b>Shila Amzah</b> Menang Besar AIM19 Posted: 17 Nov 2012 08:34 AM PST Lagu Patah Seribu nukilan penyanyi muda berbakat besar, Shila Amzah dinobat sebagai Lagu Terbaik pada malam kemuncak segala-galanya Anugerah Industri Muzik Ke-19 (AIM19) yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, malam tadi. Lebih manis lagu tersebut turut memenangi kategori Lagu Pop Terbaik menewaskan lagu Sebelah Jiwaku (Jaclyn Victor), Harapan (Hyper Act), Terukir di Bintang (Yuna) dan Jagalah Diri (Jaclyn Victor). "Saya terkejut dan bersyukur kerana saya tak pernah menang lagi dalam negara sendiri, dan ini yang pertama. Kejayaan ini saya dedikasikan kepada ibu bapa saya serta semua yang banyak menyokong saya selama ini," kata Shila Amzah menyampaikan ucapan ringkasnya sewaktu naik ke pentas untuk menerima trofi. Album SalamMusik daripada kumpulan Salam berjaya memenangi Anugerah Album Terbaik. Album tersebut mendapat sentuhan sepenuhnya daripada kumpulan itu sekali gus mengetepikan album Sang Enemy (Hujan), Hikmah (Nora), Take Off (Pesawat) dan Stay-C (Stacy) Malam yang menyaksikan 19 pemenang bagi setiap kategori itu turut penyanyi Jamal Abdillah mengulangi kejayaannya 19 tahun lalu apabila memenangi anugerah Vokal Lelaki Terbaik buat kali kedua. Manakala Jaclyn Victor menewaskan Nora, Shila Amzah, Dato' Siti Nurhaliza untuk kategori Vokal Wanita Terbaik. Penyanyi yang mendapat jolokan 'Electro Groove of Princess', Mizz Nina diberikan Anugerah Kembara berdasar pencapaian cemerlangnya di dalam negara juga di peringkat antarabangsa sejak tahun 2010 hingga kini. Selain itu, kategori Lagu Pop Etnik Terbaik yang mana calon kelima-lima lagu dinyanyikan oleh Noraniza Idris menyaksikan lagu Kuasa Cinta ciptaan Edrie Hashim dan penulis liriknya Ahmad Ahmad Fedtri Yahya memenangi anugerah tersebut. Kumpulan yang kian menjadi sebutan ramai menerusi lagu Andai Ku Bercinta Lagi, Mojo dipilih sebagai Artis Baru Terbaik. Dan kumpulan malar segar yang sudah lebih 40 tahun malah masih aktif hingga kini, Alleycats, diiktiraf menerusi anugerah paling tertinggi AIM iaitu Anugerah Kembara. Acara yang bermula tepat jam 9 malam itu dihoskan oleh Aznil Hj. Nawawi dan Adibah Noor. Perjalanan acara dimeriahkan lagi dengan pelbagai persembahan hebat daripada artis tanah air antaranya Jimmy Palikat, One Nation Emcee, Dato' Siti Nurhaliza dan Hafiz, Asmida, Shila Amzah, Jaclyn Victor, Stacy, Drama Band, Mojo, Hyper Act, Forteen, Kool, Nico dan Shades. Juga di hangatkan lagi dengan kemunculan kumpulan yang diterbangkan khas dari Jakarta Indonesia, Nirwana Band yang mempersembahkan lagu 'berhantu' mereka, Sudah Cukup Sudah. Berikut senarai penuh pemenang-pemenang AIM19: Lagu Terbaik - Patah Seribu (Shila Amzah) Album Terbaik - SalamMusik (Salam) Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) - Jaclyn Victor (Counting Days) Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) - Jamal Abdillah (Bahagia Sementara) Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu - Aubrey Suwito (lagu Counting Days nyanyian Jaclyn Victor) Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Di Persembahkan Oleh Artis Luar Negara - Sudah Cukup Sudah (Nirwana Band) Lagu Inggeris Tempatan Terbaik - Counting Days (nyanyian Jaclyn Victor), komposer / penulis lirik Aubrey Suwito, Lin Li Zhen Lagu Pop Terbaik - Patah Seribu (komposer/penulis lirik/penyanyi - Shilah Amzah) Lagu Rock Terbaik - Idola (Azlan & The Typewriter), komposer/penulis lirik - Audi Mok, Dark Lagu Nasyid Terbaik - Doa (nyanyian Nora), komposer/penulis lirik - Gjie, Lukhman S Lagu Hip Hop Terbaik - Aku Maafkan Kamu (nyanyian Malique & Jamal Abdillah), komposer/penulis lirik - Malique, Tripdisz Video Muzik Terbaik - Sparkle (Yuna), Pengarah Quek Shio Chuan Rakaman Album Terbaik - Hikmah (Rahman Ayob), artis Nora Kulit Album Terbaik - Take Over (Mizz Nina), pereka Even Odds Sdn Bhd Artis Baru Terbaik - Kumpulan Mojo Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu - Forteen (Seperti Dulu) Anugerah Seri Wirama - Alleycats Anugerah Kembara - Mizz Nina - mD |
Saya Mohon Maaf Atas Kekhilafan – <b>Shila Amzah</b> | Posted: 18 Nov 2012 07:40 PM PST Abang Nara dah cakap dah mesti Shila Amzah teruja lebih ketika diumumkan memenangi Lagu Terbaik AIM19 sehingga tersalam cium tangan Sharnaaz Ahmad. Memang "heat of the moment". Amboi terspeaking lagi Abang Nara nie. Apa pun berkata kepada Mstar Online, Shila berjanji untuk berhati-hati lebih lagi di masa hadapan. Perkara tersebut tidak disengajakan olehnya. Kata Shila:-
Betul tue tak ada orang yang sempurna. Kesilapan dilakukan untuk kita belajar daripadanya. Abang Nara respek kepada Shila kerana pada ucapan kemenangannya, tak pernah lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada "Shilalas". Shilalas adalah nama gelaran buat kelab peminatnya. Semoga hubungan mesra antara Shila dan peminat akan terus berkekalan. P.S: Lagi kekejaman Israel di Gaza. Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from Shila Amzah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan