Nuffnang

Sabtu, 19 Januari 2013

Aliff Aziz - Google Blog Search

Aliff Aziz - Google Blog Search


Anne Ngasri Rahsia Punca Putus Cinta <b>Aliff Aziz</b>

Posted: 23 Sep 2012 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

Teks oleh Syafiqah Jalal

KUALA LUMPUR, 23 SEPTEMBER 2012: "Benar, saya dan dia (Aliff Aziz) kini sudah pun putus (membawa haluan masing-masing) dan saya anggap sudah tiada jodoh di antara kami," jawab ringkas Anne Ngasri.

Dramatis itu dihubungi portal Murai untuk bertanyakan ulasan mengenai hubungannya bersama penyanyi dari Singapura Aliff Aiziz yang kini telah pun menjadi bekas kekasihnya.

Anne yang tidak berniat untuk mengulas lanjut mengenai hubungan cintanya yang kini telah berakhir turut meminta untuk merahsiakan punca perpisahan mereka.

"Biarlah rahsia dan ia akan menjadi rahsia kami berdua sahaja," jawabnya ringkas dan tidak mahu diminta lagi disoal mengenai peribadinya itu lagi.

Dalam laporan sisipan akhbar BPop, Berita Minggu hari ini, Anne telah mengesahkan hubungan cintanya dengan penyanyi Sayang Sayang itu sudah pun putus. Namun keputusan dibuat bukan atas tekanan keluarga atau kenyataan kakaknya, Darling kepada rakan media sebelum ini. Bahkan ia hanya membabitkan dirinya dengan Aliff yang dikatakan cukup peribadi.

Ibu tunggal kepada tiga orang anak ini mula menjalinkan hubungan cinta bersama Aliff sejak awal tahun lalu dan sejak itu kisah hubungan cinta mereka selalu sahaja mendapat tumpuan ramai media dan peminat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan