Nuffnang

Sabtu, 19 Januari 2013

Lisdawati - Google Blog Search

Lisdawati - Google Blog Search


Rita Rudaini: Saya Tiada Masalah Dengan <b>Lisdawati</b>

Posted: 18 Jan 2013 04:00 AM PST

berita | Tempatan

Teks oleh Kheme Rosly

khemerosly@yahoo.com

Foto oleh Mazlan Yunos Photography

KUALA LUMPUR, 18 JAN 2013: Boleh diklasifikasikan sebagai ratu di dalam drama televisyen tempatan, Rita Rudaini tidak pernah sepi beraksi di kaca TV dan tampil dalam drama yang sering menjadi ikutan penonton.

Namun, kontroversi mengenai perselisihan faham yang tercetus di antara Rita Rudaini dengan Lisdawati suatu ketika dahulu sedikit-sebanyak telah mencalarkan imej dirinya. Kes itu telah diheret hingga ke mahkamah dan telah pun selesai serta ditutup. Bagaimanapun mereka tidak lagi dilihat berlakon bersama selepas itu.

Bagaimanapun, baru-baru ini takdir telah menemukan mereka semula menerusi drama Kerana Sara dan perkara itu telah pun diakui Rita.

"Memang selepas kes itu ditutup saya dan Lisdawati tidak ada berlakon bersama. Masalahnya, saya pun tidak pernah mendapat tawaran daripada mana-mana pihak untuk digandingkan dengannya.

"Sekarang ada produksi yang membuat tawaran. Saya tidak punya apa-apa masalah peribadi dengan Lisdawati, jadi kami bersikap profesional dan berlakon seperti biasa.Kalau orang nak cakap saya dan Lisdawati tak mahu berlakon bersama, itu tidak benar.

"Kini terbukti saya dan dia tiada masalah untuk berlakon bersama. Mungkin sebelum ini, belum ada pihak yang mahu menggandingkan kami bersama,"jawabnya mengenai gandingannya bersama Lisdawati untuk slot drama Azalea, Kerana Sara.

Dalam pada itu, ada juga yang mendakwa mereka dilihat seperti tidak sebulu ketika berada di set penggambaran. Namun begitu, menurut Rita itu mungkin sekadar andaian orang saja, namun secara peribadi dia tidak pernah merasakan perkara tersebut berlaku.

"Kalaulah kami ada masalah, kenapa daripada awal saya menerima tawaran ini. Walhal saya tahu Lisdawati ada bersama. Di set, seperti biasa masing-masing ada hal dan perkara yang mereka perlu lakukan sendiri. Saya pun kadangkala akan bersendiri jika perlu. Macam saya cakap tadi, perkara atau kes itu sudah ditutup dan sudah pun lama berlalu.

"Saya cuma tidak selesa jika suami Lisdawati berada di set, itu sahaja," jelas Rita walaupun dia tidak mahu berkongsi dengan portal murai mengenai alasannya tidak mahu Fauzi Nawawi berada di set penggambaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan