Nuffnang

Sabtu, 19 Januari 2013

kumpulan Jinbara - Google Blog Search

kumpulan Jinbara - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Jinbara</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Dec 2012 01:19 PM PST


Showcase <b>Kumpulan JINBARA</b> KOLABORASI MENTAL | Sensasi <b>...</b>

Posted: 02 Jul 2012 01:18 AM PDT

JINBARA KOLABORASI MENTAL DAN SHOWCASE JULAI INI

Kumpulan yang tidak asing lagi, Jinbara, kini muncul dengan album terbaru edaran Warner Music Malaysia, yang berjudul "KOLABORASI MENTAL"! Sebagai kumpulan yang memperjuangkan genre rock klasik, mereka pernah mencatat jumlah muat turun 'ringbacktones' tertinggi dengan angka melebihi 1.5 juta!

Melalui album kali ini, Jinbara buat julung kalinya berkolaborasi dengan artis-artis tempatan dengan menyanyikan lagu-lagu malar segar yang masih menjadi pilihan sehingga kini. KOLABORASI MENTAL memuatkan 5 buah lagu yang tentunya dinantikan oleh para peminat kumpulan kegemaran ini! Antara lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini adalah dua buah lagu ciptaan Allahyarham Andi Rahman bertajuk "Biru Mata HitamKu" dan "Hilang". Lagu "Biru Mata HitamKu" adalah hasil kolaborasi Jinbara bersama Papa Rock, Ramli Sarip, manakala lagu "Hilang" dinyanyikan secara solo oleh Cepot.

Album ini turut memuatkan sebuah lagu malar segar yang sangat dikenali, bertajuk "Oh Mama Saya Mahu Kahwin". Lagu ini dinyanyikan oleh Tia, vokalis Jinbara, bersama artis baru yang sangat dikenali dengan lagu "Pulanglah", Awi Rafael.

KOLABORASI MENTAL turut memuatkan sebuah lagu baru bertajuk "Chinta", hasil karya Yankee, seorang komposer yang pernah menghasilkan hit "Kasihnya Laila". Lagu "Chinta" pula adalah hasil kolaborasi Jinbara bersama Cidin, vokalis kumpulan Taxi, sebuah kumpulan yang pernah menjuarai sebuah program realiti radio, Twisties Bingit musim ke3.

Single pertama Jinbara menerusi album ini adalah sebuah lagu bertema cinta, yang dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman Hj Arshad, bertajuk "Milik Siapakah Gadis Ini".

Lagu ini adalah gandingan mantap antara Tia bersama Fiq, di mana kedua-duanya memiliki vokal yang unik dan hebat. Paduan suara yang padu ini bagaikan 'menyuntik' unsur 'rock', lantas memberi kelainan kepada penyampaian lagu ini.

Sejak dirilis Mac lalu, lagu "Milik Siapakah Gadis Ini" mula mendaki carta radio. Setelah lebih 3 bulan kekal di carta radio, lagu ini kini menduduki tangga 5 lagu teratas, sekaligus membuktikan lagu ini digemari oleh peminat muzik tanah air!

MILIK SIAPAKAH GADIS INI
Senilagu : M. Nasir
Senikata : Siso
Hakcipta Senilagu & Senikata : Warner Chappell Music (M) Sdn Bhd

Milik siapakah gadis ini
Wajah lembut bagaikan sutera
Ingin hatinya ku miliki
Apakan terdaya
Adakah kan terdaya

Milik siapakah hati ini
Bagai berkurun lama kesepian
Ingin aku mencurahkan kasih
Kepada yang sudi
Adakah ia sudi

Lama telah ku impikan
Gadis sepertinya
Mengisi taman hati
Dengan cahaya kasih (suci)
Siapakah gadis yang ku idam…

Berikut adalah lagu-lagu yang dimuatkan dalam KOLABORASI MENTAL:

1. Oh! Mama Saya Mahu Kahwin (Jinbara & Awi Rafael)
2. Milik Siapakah Gadis Ini (Jinbara & Fiq)
3. Chinta (Jinbara & Cdin Taxi)
4. Hilang (Jinbara)
5. Biru Mata Hitamku (Jinbara & Ramli Sarip)

Jinbara dan Fiq baru sahaja menjalani sesi penggambaran video muzik "Milik Siapakah Gadis Ini" pada Ahad, 17hb Jun 2012 yang lalu. Sesi pengambaran yang mengambil masa lebih kurang 6 jam ini melibatkan dua lokasi, iaitu bertempat di Dot-Life Studio, Wangsa Walk dan di perkarangan Wangsa Walk. Pengambaran ini bermula dari jam 1 tengah hari dan berakhir pada jam 7 malam.

Pembikinan video muzik ini adalah di bawah arahan Khairul Hazwan, oleh produksi Rotikaya Entertainment. Pakaian yang digunakan sepanjang sesi pengambaran ini pula adalah tajaan Kos Serani Design & Collections.

SHOWCASE JINBARA

Showcase Kumpulan JINBARA KOLABORASI MENTAL

Sebagai sebahagian rangka promosi KOLABORASI MENTAL oleh Jinbara ini juga, sebuah 'showcase' akan diadakan pada tanggal 6hb Julai 2012 ini. Pada majlis ini nanti, para hadirin akan dihiburkan dengan lagu-lagu yang dimuatkan dalam album KOLABORASI MENTAL, juga beberapa persembahan daripada barisan artis jemputan. Selain itu, khas buat para peminat JINBARA, "Milik Siapakah Gadis Ini" akan ditayangkan secara ekslusif pada 'showcase' ini nanti!!

Komen via Facebook

Komen

BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Jinbara</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Sep 2012 02:16 PM PDT


Penjenamaan <b>Jinbara</b> › Saluran Selebriti dan Artis Sensasi

Posted: 30 Aug 2012 03:55 PM PDT

Cerita Artis Selebriti Malaysia hari ini,

DIAM bukan bererti menyepi. Diam-diam kumpulan yang popular dengan lagu Farhana (Puteri Bumi Kenyalang), Jinbara, mereka sebenarnya ligat mempromosikan jenama 'Jinbara' dengan memberi peluang kepada peniaga muda di Kampung Kemensah, Hulu Klang, untuk berniaga melalui bantuan diberikan.

Menurut mereka, inisiatif ini dilakukan sebagai usaha membantu mengangkat nama Kampung Kemensah yang mula terkenal sejak kumpulan terbabit membuka pusat rekreasi iaitu Rimba Jinbara tujuh tahun lalu.

Masing-masing ligat mencari idea bagi mempertahankan Jinbara dengan membuktikan walaupun tanpa kehadiran album baru, mereka masih bergerak aktif.

Bagi pengasas projek, Mohd Jeffry Johari, 38, atau Cepot, peluang itu dilakukan bukan saja untuk mempromosikan kumpulan Jinbara, malah ia sebagai bantuan yang diberikan kepada mereka memerlukan selain anak kampung dan juga ibu tunggal.


Katanya, selain bantuan pekerjaan kepada beberapa ibu tunggal yang terpilih sepanjang bulan puasa lalu berniaga di bazar Ramadan, mereka juga sedang berjinak-jinak mengembangkan produk daripada makanan kini menjual aksesori wanita dan bakal menghasilkan pakaian tidak lama lagi.


"Untuk projek ini saya bekerjasama dengan Mohd Nizam Mohd, 36, atau Aqin dan kami baru saja membuka gerai jualan di Uptown Rampai Business Park, Kuala Lumpur. Sebagai permulaan kami menjual aksesori keperluan wanita dan insya-Allah jika berjaya kami akan mengeluarkan pelbagai produk atas nama Jinbara.

"Pastinya semua ini memerlukan modal yang besar dan perniagaan pula dijalankan oleh anak kampung yang terpilih justeru kami berharap segala-galanya berjalan lancar. Mungkin ada beranggapan kami sangat berani memberikan orang lain menguruskan perniagaan, bagi saya sebagai peniaga pastinya ada untung rugi dan segala yang kami berikan atas rasa kepercayaan jika ditakdirkan ditipu oleh mereka yang dibantu, saya anggap itu salah satu risiko yang perlu ditanggung," katanya.

Bukan saja Cepot dan Aqin, Abd Halim Hassan, 43, atau Anjang juga turut ligat melakukan perkara yang sama di mana baru-baru ini dia memberi dana kepada tujuh ibu tunggal di Shah Alam berniaga Nasi Ayam dan Ayam Penyet Jinbara di bazar Ramadan sekitar Shah Alam.

Katanya, minat membantu mereka timbul sejak dia menyertai Sukarelawan Kota Anggerik, Shah Alam di mana banyak masalah kewangan dihadapi beberapa ibu tunggal dan kurang mendapat perhatian pihak tertentu menarik perhatiannya.

"Setiap kami punyai cara masing-masing untuk mempromosikan jenama Jinbara, walaupun tidak tampil dengan lagu baru kami dengan cara yang kami lakukan diharap dapat terus mengekalkan ingatan peminat kepada kami. Walaupun masing-masing punya cara sendiri, matlamat kami tetap sama iaitu membantu mereka yang memerlukan di samping mengukuhkan nama Jinbara. Saya berharap projek membantu ibu tunggal pada Ramadan tahun depan akan lebih terbuka luas dan mencerahkan lagi peluang kami untuk bekerja keras dan sentiasa diingati peminat," katanya.

Selain Cepot, Aqin dan Anjang, Jinbara yang turut dianggotai oleh Shamsul Bakhtiar Zakaria, 42, (Tiar) dan Ahtan Shahrin Sabudin, 34, (Ahtan) sedang sibuk mempromosikan kompilasi lagu duet mereka bersama Fiq Mentor, Milik Siapakah Gadis Ini lagu asal nyanyian Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad.

Bagi Tiar dan Ahtan walaupun tidak terbabit secara langsung dalam projek penjenamaan kumpulan Jinbara mereka tetap memantau dan menyokong apa saja aktiviti yang dilakukan.

"Saya menyokong setiap pembabitan dilakukan mereka asalkan ia membawa kebaikan kepada kami semua. Sepanjang Ramadan lalu saya tidak terbabit dengan mana-mana kerja dan hanya menghabiskan masa menguruskan anak-anak yang sedang membesar dan insya-Allah selepas ini kami semua akan sibuk dengan promosi album Kolaborasi Mental yang akan berada di pasaran sedikit masa lagi," kata Tiar.

Pada Ahtan, semangat menaikkan nama Jinbara adalah peluang baik untuk mereka sama-sama mempertahankan kumpulan ini supaya tidak berkubur. Kewujudan Rimba Jinbara secara tidak langsung menjadikan mereka duta, sekali gus menarik perhatian peminat untuk berkunjung ke pusat riadah berkenaan.

"Sebagai salah seorang ahli kumpulan ini, pastinya saya menyokong penuh apa juga yang dilakukan oleh teman lain asalkan ia membawa kebaikan kepada semua. Mungkin saya tidak mampu menolong daripada segi modal dengan sokongan moral yang diberikan diharap Jinbara akan terus bertahan dan bertakhta di hati peminat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 31/08/2012

This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters recommends: Incinerating Assange - The Liberal Media Go To Work.

Continued here:
Penjenamaan Jinbara

Related Posts with Thumbnails

Tiada ulasan:

Catat Ulasan