Nuffnang

Sabtu, 23 Februari 2013

Altimet - Google Blog Search

Altimet - Google Blog Search


#MalaysianHipHop: Video : Jay Walia X <b>Altimet</b> - Bidadari (FlyFM <b>...</b>

Posted: 22 Feb 2013 07:17 PM PST


This is sweet. Dope track, Jay.

<b>Altimet</b> | EH!

Posted: 26 Sep 2012 09:00 PM PDT

Altimet Altimet

Fizikalnya yang tinggi lampai dengan raut wajah cukup maskulin dan imej kepala botaknya membuatkan dia kelihatan agak serius orangnya ketika sesi penggambaran berlangsung. Namun perlahan-lahan saya bersama Nurul dapat juga bergaul bersamanya dalam suasana dekorasi restoran Tranquerah yang cukup klasik dengan elemen vintaj. EH! membawa anda menyelam isi benak fikir dan hati Altimet tentang visinya dalam muzik dan kehidupan.

MENGAPA ALTIMET?
Sebetulnya nama ini datang dari perkataan Inggeris 'ultimate' yang membawa maksud muktamad atau mutakhir yang diinspirasikan oleh DJ Premier. Saya mengubahnya kepada Altimet agar kelihatan lebih Melayu.

BAGAIMANA PENGARUH HIP-HOP ANDA BERMULA?
Lagu Bring The Noize kolaborasi Public Enemy dan Anthrax cukup menakjubkan. Dari sini minat terhadap hip-hop bermula biarpun sebelum itu saya amat dekat dengan muzik heavy metal.

SEJAUH MANA ANDA MAHU BAWA MUZIK YANG DIPERJUANGKAN SEKARANG?

Saya mahu jadikan Malaysia pusat hip-hop di Asia Tenggara dan seterusnya Asia.

JIKA DIBERI PELUANG MENERBITKAN KARYA BUAT BAKAT TEMPATAN?

Ila Damiaa dan Amir Jahari.

PERTEMBUNGAN MUZIK DAN FESYEN DILIHAT SEBAGAI SATU BUDAYA POP YANG SEDIKIT SEBANYAK MEMBERI IMPAK DALAM KEHIDUPAN SOSIAL SEHARIAN. PANDANGAN ANDA?
Ada mengatakan ini adalah satu efek globalisasi namun saya lihat ia lebih kepada pertembungan dua medium berbeza yang membentuk satu budaya untuk menarik minat ramai dan berjaya menjadi satu fenomena. Baik atau buruk bergantung pada penilaian individu.

RAPPER DIANGGAP SAMA SEPERTI PEMUISI YANG MENYANTUM BAIT PERKATAAN DAN KADANG SINIS DALAM PENYAMPAIAN. KOMEN ANDA?
Bagi saya inilah indahnya muzik hip-hop. Kami mampu bercerita atau memberi respons pada apa jua isu yang berlegar sama seperti penulis dan pemuisi. Saya melihat ia sebahagian daripada medium untuk menyuarakan pendapat dan saya lihat ia juga sebagai sejenis lagu rakyat.

SELAIN HIP-HOP GENRE APA YANG MAHU ANDA CUBA?
Ska, dub reggae, dubstep, dram dan bass juga house music.

KARYA ANDA YANG PALING ANDA GEMARI?
Syukur, Kotarayaku, Bangkit dan Aku Tahu.

ALBUM PERTAMA YANG ANDA BELI?

Michael Jackson- Thriller. Ia juga merupakan album kedua dan ketiga yang saya beli.

IKON DALAM BIDANG MUZIK?

Mos Def, Jay Z dan Ahmad Izham Omar.

KELEMAHAN DIRI YANG ANDA MAHU PERBAIKI?

Kesabaran.

KELEBIHAN ANDA BERBANDING PEMUZIK LAIN?

Apa yang saya tahu saya bekerja keras dalam setiap apa yang saya lakukan.

TOPIK YANG SENANG UNTUK BAWA ANDA BERBUAL?
Muzik, hal ehwal tempatan dan dunia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan