Fauzi Nawawi - Google Blog Search |
Rita Rudaini Halang <b>Fauzi Nawawi</b> Berada Di Lokasi - Gua.com.my Posted: 15 Jan 2013 09:24 PM PST Tahun 2006 dunia hiburan dihangatkan dengan kisah pergaduhan di antara Rita Rudaini dan Lisdawati di mana kedua-dua pelakon ini bercakaran ketika melakonkan salah satu babak dalam drama berjudul 'Kau Yang Ku Sayang'. Bermula detik itu, Rita dan Lisdawati tidak lagi digandingkan bersama. Namun, baru-baru ini kedua-dua pelakon ini bersetuju untuk berdamai dan bersedia untuk digandingkan bersama selepas ditawarkan berlakon dalam drama bersiri 'Kerana Sarah'. "Lebih baik kita tutup cerita lama. Yang penting, silaturrahim antara saya dan Kak Rita telah pulih dan kembali terjalin. Saya bersyukur maklumbalas daripada dari Kak Rita juga baik. Saya harap tiada pihak yang cuba mengeruhkan lagi keadaan", ujar Lisda ketika ditemui di majlis Malam Bersama Bintang anjuran TV3 baru-baru ini. Setelah mendapatkan penjelasan Lisdawati mengenai hal ini, Gua turut berkesempatan untuk menemubual Rita Rudaini bagi mendapatkan reaksinya. Ternyata dengan tenang Rita turut meluahkan rasa lega kerana persengketaan di antaranya dengan Lisdawati telah berakhir. Baginya perkara yang lepas biarkan ia berlalu. Biarpun begitu, Rita tanpa berselindung mengakui bahawa dia ada meletakkan satu syarat kepada pihak produksi sebelum membuat keputusan untuk terlibat dalam drama itu. Jelas Rita, dia tidak mahu suami kepada Lisdawati iaitu Fauzi Nawawi berada di lokasi penggambaran ketika adegan yang membabitkan dirinya. Bagaimanapun, Rita enggan mendedahkan sebab dia berbuat demikian. Mengulas tentang kes polis yang membabitkan pergaduhannya dengan Lisdawati dahulu, Rita memberitahu semuanya telah selesai kerana siasatan ke atas kes itu telah pun selesai. "Kes polis itu pun sudah tutup dan saya ingin membuka buka baru dengan bersikap professional sepanjang penggambaran 'Kerana Sarah'. Saya juga tidak mempunyai masalah dengan Lisda dan kami fokus untuk kerja masing-masing," ujar Rita ketika ditemui di majlis pelancaran drama 'Sehangat Asmara' di Publika, Solaris Dutamas, pada Selasa. Jelas Rita lagi, sepanjang tempoh penggambaran dia dan Lisdawati ada bertegur-sapa namun bersikap lebih berhati-hati agar insiden lalu tidak berulang lagi. |
You are subscribed to email updates from Fauzi Nawawi - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan