Nuffnang

Sabtu, 23 Februari 2013

Faizal Tahir - Google Blog Search

Faizal Tahir - Google Blog Search


Sambutan Boot Camp <b>Faizal Tahir</b> Di Luar Jangkaan - Gua.com.my

Posted: 22 Feb 2013 06:43 PM PST

Sambutan bagi program "Boot Camp - The Edge And The New Marketing Strategy Of Promoting The Album" yang julung kali diadakan mendapat sambutan yang cukup hangat selepas hanya sehari diuar-uarkan di portal gua. Hinggakan ada di antara peminat-peminat Faizal Tahir yang sudah bekerja meluahkan hasrat ingin turut serta dalam program tersebut.

Dengan itu, pihak pengurusan Monkey Bone telah bersetuju menaikkan lingkungan umur para peserta dari 19 ke 29 tahun. Hendak diingatkan bahawa 'boot camp' ini adalah bertujuan mendengar pendapat setiap peserta berkenaaan halatuju album terbaru Faizal yang akan menemui peminat tidak lama lagi.

"Saya juga mahukan idea-idea baru dari golongan muda untuk memasarkan album ini. Saya percaya mereka mempunyai idea-idea yang unik dan masih belum pernah di lakukan sebelum ini," kata Faizal.

Pembentangan kertas kerja "Boot Camp - The Edge And The New Marketing Strategy Of Promoting The Album" akan dilakukan bersama dengan Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian TV Media Prima, Ahmad Izham Omar, Ketua Jabatan Pengurusan Artis/The 8 Unit, Datin Jacynta Au-Yong dan Faizal sendiri.

Juga diingatkan, para peserta harus membawa komputer riba masing-masing.

Para peserta perlu menghantarkan penyertaan mereka - melalui emel kepada gua.editorial@gmail.com besertakan nama penuh, nombor telefon, jurusan yang diambil dan nama IPT. Buat yang sedang bekerja, kongsikan maklumat tentang pekerjaan yang sedang dilakukan - sebelum 24 Februari 2013 agar nama anda dapat dimuatnaik ke laman web www.gua.com.my.

Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk menyertai 'boot camp' ini kerana Faizal juga akan menyanyikan beberapa lagu daripada album terbarunya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan