Nuffnang

Sabtu, 23 Februari 2013

Misha Omar - Google Blog Search

Misha Omar - Google Blog Search


Adibah Noor, <b>Misha Omar</b> & Jaclyn Victor Bakal Bersatu Di Konsert <b>...</b>

Posted: 13 Nov 2012 04:00 PM PST

Tiga nama dengan keunikan vokal yang tersendiri bakal berkongsi satu pentas pada 24 November ini. Getaran suara Adibah Noor, Misha Omar dan Jaclyn Victor akan bergema buat julung kalinya bulan ini di pentas tersohor Kota Singa, Esplanade.

Bukan sesuatu yang asing kerana idea menyatukan tiga penyanyi dalam persembahan atau konsert sudah lama diperkenalkan. Bezanya hanya nama penyanyi saja bertukar ganti. Justeru persembahan Adibah, Misha dan Jac ini tidak wajar dilepaskan.

Konsert 3 Permata ini dijadual berlangsung selama sejam 30 minit tanpa henti. Ketiga penyanyi yang turut dikenali sebagai pelakon ini akan mendendangkan lagu hit masing-masing. Lebih istimewa satu segmen penghargaan kepada Biduanita Negara, Puan Sri Saloma juga akan dilaksanakan pada malam itu nanti.

Pastinya lagu dendangan Adibah Noor seperti Terlalu Istimewa, Jaclyn Victor (Gemilang, Wajah, Satu Harapan) dan Misha (Bunga Bunga Cinta, Semoga Abadi, Nafas Cahaya) antara lagu yang berkemungkinan besar menjadi pilihan untuk dipersembahkan nanti.

Menurut Jaclyn Victor yang mula menempa nama sejak 2004 selepas memenangi pertandingan Malaysian Idol di 8TV, kolaborasi ini cukup istimewa sekali pun beliau dan Misha sudah beberapa kali bersatu di pentas seni termasuk merakamkan kembali lagu Cinta (dendangan asal Kris Dayanti dan Melly Goeslow).

"Jelas di antara kami mempunyai keupayaan vokal yang berbeza selain mampu menyanyikan lagu bernada tinggi. Secara peribadi dan mewakili dua lagi teman seperjuangan, saya sendiri teruja untuk sama-sama berkongsi pentas dengan mereka.

"Melihat kepada durasi persembahan konsert ini, mungkin setiap seorang daripada kami akan menyanyikan lagu masing-masing sekitar lima ke enam lagu. Saya sudah menghantar senarai lagu kepada penganjur untuk dipertimbangkan yang mana satu akan dipilih," kata Jaclyn Victor.

Bagi peminat di Malaysia yang tidak mahu ketinggalan menonton persembahan ini, tiket dijual dalam Singapore Dolar berharga $40*, $60**, $80, $100. Harga istimewa juga kepada pelajar dan warga tua. Selain itu penganjur turut menawarkan pakej istimewa dengan membeli sepasang tiket. Untuk maklumat lanjut, layari www.esplanade.com.

Tags: , , , ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan