Amyza Aznan - Google Blog Search |
- <b>Amyza Aznan</b> Akui Pernah Berangan Jadi Angelina Jolie
- EDtv: <b>Amyza Aznan</b> pengacara baharu Galaksi TV9
- <b>Amyza Aznan</b> Akui Laman Sosial Membantu Kerjaya | n9kini.net
<b>Amyza Aznan</b> Akui Pernah Berangan Jadi Angelina Jolie Posted: 04 Dec 2012 05:40 PM PST berita | Tempatan Teks oleh Kheme Rosly khemerosly@yahoo.com Foto ihsan Instagram Amyza Aznan KUALA LUMPUR, 5 DIS 2012: Orang kata kadangkala angan-angan boleh bertukar menjadi impian dan ia pasti akan tertunai jika kita percaya dan berusaha mendapatkannya. Ini antara pengalaman yang dirasai sendiri oleh pelakon Amyza Aznan yang tidak pernah jemu-jemu mendambakan diri pada dunia lakonan semenjak 15 tahun lalu. Aktres yang memang dikenali dengan gelagatnya yang bersahaja dan sudah melakonkan pelbagai jenis watak ini bakal muncul dalam drama bersiri aksi berjudul SPY M dan menariknya, dia bakal membawakan watak ala Angelina Jolie di dalam filem Lara Croft. Menurut Amyza, tidak pernah terbayang dirinya melakonkan watak aksi ala Angelina Jolie, biarpun sebelum ini dia pernah berangan untuk membawakan watak sebagai Lara Croft itu. "Apa yang saya nak cerita ini bukan sebab kerana berlakon di dalam SPY M tapi kerana ia memang kisah benar. Dulu masa saya tengok Angelina Jolie jadi Lara Croft, terdetik d ihati bilalah dapat peluang bawa watak macam tu. Tapi saya sedar siapalah Amyza Aznan, jadi angan-angan itu berlalu begitu sahaja. "Ye lah, siapa nak ambil saya jadi heroin untuk bawa watak macam tu. Tapi dah di usia macam sekarang, baru ada orang tawarkan bawak watak perisik dan lasak dalam SPY M. Ini kali pertama saya membawakan peranan sebagai perisik. "Memang best sangat dan belum pernah lagi rasa pengalaman berlakon seperti yang saya lakukan di dalam SPY M. Kena buat fighting, stunt dan pelbagai perkara yang lasak, iasesuatu yang baru. "Penat memang terasa tetapi disebabkan rasa seronok dan pengalaman yang saya dapat pulak sangat baru, jadi saya rasa tak rugi saya terima tawaran ini,"cerita Amyza yang puas walaupun penat beraksi sebagai Madam J dalam SPY M. Bagi Amyza, walaupun dia tahu dimana kedudukannya dalam industri namun dia tetap meneruskan kerja yang sudah 15 tahun dilakukannya.Rezekinya dalam dunia lakonan tidak pernah putus dan bersyukur kerana tetap mempunyai penyokongnya sendiri. Aktres berusia 37 tahun ini juga percaya dengan teknologi dan saluran media seperti Twitter, Facebook dan Instagram boleh mendekatkan diri dengan peminat. Ini juga langkah baginya untuk terus diingati walaupun terpaksa bersaing dengan populariti daripada artis-artis baru. "Kalau mula-mula berlakon dahulu, semua tawaran yang boleh saya buat saya tidak menolak. Tetapi sekarang dah 15 tahun berlakon, saya pilih watak untuk kepuasan sendiri. Alhamdulillah produser dan pengarah yang selesa bekerja dengan saya, mereka masih percaya dengan kebolehan saya. "Belum pernah lagi terputus rezeki, syukur kepada Allah. Saya pun tidak ketinggalan mendekatkan diri dengan peminat dan masyarakat melalui media sosial macam Facebook, Twitter dan Instagram. "Ini salah satu cara saya berinteraksi dengan peminat dan membuatkan mereka terus mengingati Amyza Aznan. Bukan apa, kadangkala perhatian sudah semestinya diberikan pada mereka yang baru. Itu adalah perkara biasa. "Jadi saya ambil pendekatan dan kemudahan yang ada untuk berkongsi aktiviti serta perkembangan terkini dengan peminat yang mengikuti,"ujarnya yang terkenal dengan watak-watak komedi serta telatahnya yang bersahaja. SPY M akan menemui penonton slot Aksi di TV3 bermula 3 Disember lalu pada jam 9 malam. Selain daripada Amyza Aznan, SPY M turut dilakonkan oleh Wan Sharmila, Zalif Sidek, Sharifah Shahira, Aedy Ashraff, Jason Chong dan ramai lagi. |
EDtv: <b>Amyza Aznan</b> pengacara baharu Galaksi TV9 Posted: 23 Nov 2012 02:27 AM PST Hai, bermula malam ini Amyza Aznan akan menjalankan tugasnya sebagai pengacara baharu dalam rancangan hiburan sensasi Galaksi di TV9. Dia akan mengacara bersama Ikhwan. Semakin sensasilah rancangan Galaksi ni. Tahniah kepada Amyza Aznan kerana dipilih menjadi hos Galaksi yang baharu. Buat pengetahuan anda, Kiah Propa bercuti sementara kerana menunggu hari untuk bersalin anak sulungnya. Amyza Aznan, hos baharu Galaksi. Dalam Twitter Amyza Aznan, dia bersyukur kerana impiannya untuk menjadi pengacara selama ini telah tercapai. Sama-sama kita saksikan Galaksi di TV9 malam ini ye. ED memang suka tengok Galaksi kerana beritanya lebih pantas dan lebih panas. Hehe.. Udada Ubabye!! ED: Trademark Amyza Aznan malam ini, I OK je.. |
<b>Amyza Aznan</b> Akui Laman Sosial Membantu Kerjaya | n9kini.net Posted: 30 Nov 2012 09:25 AM PST Aktres Amyza Aznan mengakui kewujudan laman dan aplikasi sosial pada hari ini sangat membantu dirinya untuk berkongsi aktiviti kerjaya dengan khalayak. Amyza, 37, berkata, kemudahan teknologi seperti Twitter, Facebook dan Instagram adalah medium yang bermanfaat untuk mendekati peminat walaupun dia kurang mendapat publisiti media. "Kalau dulu, mungkin saya risau bagaimana untuk mendekati khalayak kerana publisiti mengenai saya agak kurang kerana persaingan dengan artis-artis baru. "Kini perkara itu tidak timbul sejak kewujudan Twitter dan Facebook. Medium itu sangat membantu saya berkongsi perkembangan kerjaya dan mendekati peminat," katanya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini. Pelakon yang berpengalaman selama 15 tahun itu berkata, faktor populariti dan publisiti tidak merunsingkan fikirannya selagi dia masih mendapat kepercayaan para penerbit, pengarah dan stesen televisyen. "Alhamdulillah selepas 15 tahun, saya masih mendapat tempat di kalangan penerbit, pengarah dan stesen televisyen walaupun persaingan semakin sengit dengan generasi baru. "Tawaran lakonan juga konsisten jadi saya perlu jaga komitmen dan kualiti kerja kerana ini (lakonan) adalah periuk nasi saya," jelasnya. Bercakap mengenai lakonan, Amyza berkata, dia akan memastikan setiap tawaran yang diterima seimbang di antara watak serius dan komedi. "Saya juga tidak mahu dianggap stereotaip kerana kerap berlakon watak komedi sahaja. Sebab itu, saya perlu seimbangkan antara watak serius dan komedi. "Sekarang saya lihat tawaran lakonan yang dijayakan lebih seimbang bagi kedua-dua genre itu," kongsinya. Mengenai lakonan terbarunya dalam drama bersiri Spy M, Amyza berkata, dia berpeluang untuk menjayakan cabaran baru menerusi watak perisik yang lasak dan lebih serius. "Lima tahun lepas saya pernah terfikir adakah saya akan berpeluang menerima tawaran watak lasak seperti Angelina Jolie? "Apabila dapat watak perisik dalam drama ini, saya sangat gembira kerana dapat cabaran baru yang berbaloi walaupun ia menguji kekuatan mental dan fizikal. "Saya berharap orang dapat melihat kemampuan saya menjayakan watak yang lebih serius selain komedi yang begitu sinonim selama ini," tuturnya. Drama sebanyak 13 episod itu turut dibintangi antaranya Sharifah Shahira, Wan Sharmila, Jason Chong, Zalif Sidek dan Ahmad Danial. Diarahkan Ramli Long, ia akan ditayangkan bermula 3 Disember ini pada setiap Isnin pukul 9 malam, dalam slot Aksi di TV3. |
You are subscribed to email updates from Amyza Aznan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan