Nur Fathia - Google Blog Search |
- BERITA ARTIS - <b>Nur Fathia</b> Mahu 'Tapau' Habis - Gua.com.my
- <b>Nur Fathia</b> & Keith Foo Dalam Setiap Sujud | buahmulut.com
- Malik Torpedo: <b>Nur Fathia</b> macam ustazah - sejuk mata memandang
BERITA ARTIS - <b>Nur Fathia</b> Mahu 'Tapau' Habis - Gua.com.my Posted: 30 Jan 2013 06:31 PM PST Tahun lalu, Nur Fathia agak sunyi daripada sebarang publisiti kerana mengambil keputusan berehat seketika daripada dunia lakonan bermula penghujung 2011. Jadi, tahun 2013 ini Fathia mahu 'tapau' sebanyak yang boleh untuk lakonan. Jelas Fathia, dia sudah bersedia untuk kembali merancakkan dunia hiburan tempatan. "Tahun lepas saya benar-benar berehat kerana mahu mahu tumpuan sepenuh perhatian kepada pengajian. Selain itu, saya juga ambil kesempatan untuk meluangkan lebih banyak masa dengan keluarga. Kini, saya sudah bersedia untuk kembali bekerja. Kalau boleh saya mahu ambil tawaran berlakon sebanyak yang boleh. Tapi tidaklah sampai tidak mampu hendak buat. Bergantung kepada keupayaan saya juga," ujar Fathia yang ditemui di majlis ramah mesra pelakon drama bersiri terbaru, 'Dalam Setiap Sujud' yang bersiaran di TV9 bermula 8 Januari lalu. Tambah Fathia lagi, setakat ini jadual kerjanya sudah penuh sehingga bulan Julai hadapan. Selain terikat dengan beberapa drama bersiri, Fathia juga akan membintangi tiga buah telemovie dan sebuah filem komedi arahan Kabir Bhatia. "Alhamdulillah, orang masih ingat dengan saya dan mereka masih mencari saya untuk berlakon. Jadual saya pun sudah penuh sampai bulan Julai nanti. Ada tiga drama bersiri, tiga buah telefilem dan sebuah filem komedi arahan Khabir. Manakala filem 'Darah Panas' akan menemui penonton dalam sedikit masa lagi," ujar Fathia lagi. Mengulas tentang gandingan terbarunya, Keith Foo, untuk 'Dalam Setiap Sujud', Fathia memberitahu dia sangat selesa berlakon di samping pelakon kacukan Cina – India itu. Menurut Fathia, tidak susah mencari keserasian di antara mereka. "Keith seorang pelakon yang sangat berbakat. Dia bijak mencari keserasian sehingga saya rasa tidak kekok apabila kami berlakon sama. Saya rasa senang sangat kerja dengan dia," ujar Fathia. 'Dalam Setiap Sujud' menyaksikan Fathia memegang watak Jannah, seorang wanita yang berkahwin dengan lelaki yang tidak mencintai dirinya. Dalam masa yang sama, Jannah dicintai oleh seorang jejaka dari Indonesia. |
<b>Nur Fathia</b> & Keith Foo Dalam Setiap Sujud | buahmulut.com Posted: 08 Jan 2013 05:20 AM PST Dalam Setiap Sujud drama terbaru yang diarahkan oleh Raja Ahmad Alauddin akan menggantikan drama Terlanjur Cinta bermula 8 Januari ini, pada setiap hari Isnin dan Selasa jam 8.30 malam. Dalam Setiap Sujud diinspirasikan daripada peristiwa letupan Gunung Merapi yang meragut ratusan nyawa di Yogjakarta Drama Dalam Setiap Sujud yang akan bersiaran selam 14 episod ini akan menampilkan Nur Fathia, Azlee Khairi dan Keith Foo sebagai pelakon utama. Dalam Setiap Sujud turut dibantu pelakon baru seperti Elfaeza Ul-Haq, Syatilla Melvin dan Aidil Aziz serta pelakon berpengalaman seperti Rozie Othman, Watie Sadali, Mak Engku dan Idris Md Diah. Kemunculan istimewa Keith Foo pelakon dan model yang berasal dari Malaysia tetapi kini sedang hangat menempa nama di Indonesia buat pertama kali di TV9 dan di Malaysia, pastinya akan meninggalkan impak tersendiri di hati para peminatnya dengan membawakan watak Hendra yang kehilangan isterinya dalam peristiwa letusan Gunung Merapi di Yogyakarta. Kehadiran Jannah (Nur Fathia), sukarelawan daripada Malaysia membibitkan sedikit rasa cinta di hati Hendra apabila melihatkan kelembutan Jannah melayan anaknya kecilnya yang bernama Ilah. Konflik terjadi apabila Jannah menerima lamaran Puan Endah (Rozie Othman) yang berkenan dengan peribadi Jannah yang sering sahaja tersenyum ketika dia dimasukkan ke hospital. Puan Endah yang juga bekas majikan bapa Jannah mahukan Jannah menjadi isteri kepada anaknya, Fareez (Azlee Khairi). Malangnya, Fareez yang suka berpoya-poya itu tidak mahu Jannah menjadi isterinya kerana dia sudahpun mempunyai pilihan sendiri iaitu Zulaikha (Elfaeza UI Haq). Bagi Fareez, Jannah tidak layak untuk menjadi isterinya jika dibandingkan dengan Zulaikha yang lebih moden dan kedudukan Zulaikha juga lebih setaraf dengannya. Tetapi atas desakan Puan Endah, Fareez terpaksa akur dan menerima pilihan ibunya itu jika tidak dia akan kehilangan semua harta keluarganya. Sejak itu Fareez berjanji akan membuatkan Jannah tersiksa dengan hidup bersamanya. Bagaimana pula dengan Hendra yang jauh di Indonesia tapi tidak pernah sedetik pun melupakan Jannah? Jangan lupa untuk mengikuti drama menarik Dalam Setiap Sujud ini bagi mengetahui kesudahannya hanya di TV9! Mungkin Anda Perlu Baca Ini Juga !! |
Malik Torpedo: <b>Nur Fathia</b> macam ustazah - sejuk mata memandang Posted: 04 Jan 2013 12:42 AM PST Antara artis wanita yang paling aku minat apabila bertudung, cantik dan terbaeklah. macam "Ustazah" pun ada, yang penting sejuk mata memandangnya... aku sign up jadi peminat No. 1 Nur Fathia kalau dia pakai tudung sampai bila-bila pun. Ramai lelaki suka lakonan nur fathia ni bila bertudung dalam drama macam cite Nur Kasih sebagai pelakon pembantu dan watak utama dalam drama Stanza Cinta. |
You are subscribed to email updates from Nur Fathia - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan