Nuffnang

Jumaat, 1 Februari 2013

Faizal Hussein - Google Blog Search

Faizal Hussein - Google Blog Search


Aktor <b>Faizal Hussein</b> Mahu Bertapak Di Hollywood

Posted: 11 Oct 2012 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

Teks oleh Syafiqah Jalal

KUALA LUMPUR, 11 OKT 2012: Aktor hebat, Faizal Hussien berharap dengan pencapaian Bunohan sebagai duta yang mewakili negara di Anugerah Academy Ke-83 tahun hadapan, ia akan dapat membuka peluang yang lebih besar lagi kepada aktor-aktor tempatan untuk meluaskan lagi bakat mereka di luar negara khususnya di Hollywood.

"Jika diberi peluang, saya juga mahu meluaskan bakat lakonan saya ke luar negara sekaligus mengangkat tingga nama Malaysia di persada dunia," katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Menurut Faizal Hussien lagi, untuk mencapai impian besarnya sebagai pelakon, dia berharap pihak kerajaan akan membuka mata dan mengambil inisiatif supaya pelakon dan pengarah filem Malaysia akan berpeluang untuk melangkah lebih jauh ke luar negara.

"Saya harap selepas ini, kerajaan perlu buka mata dan mengambil langkah yang sepatutnya dengan memberi dana kepada pelakon dan pengarah yang berkebolehan untuk bertapak ke luar negara dengan membawa nama Malaysia. Ini kerana dengan tercalonnya Bunohan di Anugerah Academy seperti ini, ia membuktikan bahawa bidang lakonan juga boleh bawa Malaysia ke tahap antarabngsa.

"Saya juga cemburu apabila filem daripada negara lain seperti Iran dan Korea dapat bertanding dan jadi terkenal di Hollywood sedangkan filem kita masih tertinggal jauh. Namun kini setidak-tidaknya filem Malaysia telah dan sudah mencapai satu tahap yang cukup membanggakan," luahnya lagi.

Dalam kenyataan kepada portal Murai semalam, Faizal Hussein memberitahu bahawa dia tidak terkejut selepas filem Bunohan lakonannya tercalon dalam kategori pencalonan awal kategori Filem Asing Terbaik dalam Anugerah Academy ke-85 yang bakal diadakan pada tahun hadapan.

"Saya tidak terkejut apabila mendapat tahu berita gembira ini, kerana filem Bunohan sendiri sudah terlebih dahulu dibeli oleh syarikat pengedaran luar negara iaitu Oscilloscope Pictures dari Amerika Syarikat.

"Syarikat ini akan memastikan filem yang dibelinya dapat diedar secara komersial ke luar negara dan ia secara tidak langsung dapat memperkenalkan hasil kerja Malaysia ke mata dunia.

"Saya cukup berbangga dengan pencapaian ini dan secara tidak langung menjadi duta yang mewakili negara kita di Hollywood. Bahkan, saya rasa ini merupakan satu petanda aras bahawa filem Malaysia akan diangkat ke mata dunia suatu hari nanti," katanya.

Selain Faizal Hussien, filem yang mengambil latar belakang cerita di sebuah kampung di Kelantan ini turut dibintangi oleh pelakon lain seperti Zahiril Adzim, Bront Palarae, Pekin Ibrahim, Soffi Jikan, Wan Hanafi Su dan Tengku Azura.

Mengenai perkembangan terbaru Faizal Hussien, dia kini sedang menjalani penggambaran drama Mati Hidup Semula untuk siaran Astro Oasis sempena Hari Raya Qurban tidak lama lagi.

<b>Faizal Hussein</b> Bangga Bunohan Duta Negara Ke Hollywood

Posted: 10 Oct 2012 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

KUALA LUMPUR, 10 OKTOBER 2012: Aktor hebat, Faizal Hussien akui tidak terkejut selepas filem Bunohan lakonannya tercalon dalam kategori pencalonan awal kategori Filem Asing Terbaik dalam Anugerah Academy ke-85 yang bakal diadakan pada tahun hadapan.

Malah, Faizal Hussien berkata, kejayaan yang dicapai Bunohan itu berjaya menunjukkan satu penanda aras awal bahawa filem arahan Dain Said dan juga dirinya sebagai pelakon boleh melangkah jauh dan bertapak di Hollywood suatu hari nanti.

"Saya tidak terkejut apabila mendapat tahu berita gembira ini, kerana filem Bunohan sendiri sudah terlebih dahulu dibeli oleh syarikat pengedaran luar negara iaitu Oscilloscope Pictures dari Amerika Syarikat.

"Syarikat ini akan memastikan filem yang dibelinya dapat diedar secara komersial ke luar negara dan ia secara tidak langsung dapat memperkenalkan hasil kerja Malaysia ke mata dunia.

"Saya cukup berbangga dengan pencapaian ini dan berbangga apabila secara tidak langung saya dapat menjadi duta yang mewakili negara kita di Hollywood. Bahkan, saya rasa ini merupakan satu petanda aras bahawa filem Malaysia akan diangkat ke mata dunia suatu hari nanti," katanya kepada murai.com.my.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan