Nuffnang

Jumaat, 1 Februari 2013

Izreen Azminda - Google Blog Search

Izreen Azminda - Google Blog Search


Makin Besar Anak Mama Ni – <b>Izreen Azminda</b> Kongsi Foto <b>...</b>

Posted: 29 Jan 2013 08:03 PM PST

d262444e5d8311e28a2e22000a1fbc67_7

Menerusi laman Instagram milik pelakon terkenal Izreen Azmida, aktres ini telah memuat naik beberapa foto yang menunjukkan perutnya semakin membesar dan kandungan pertamanya ini telah memasuki hampir 4 bulan.

Menurut Izreen, sejak kandungannya semakin membesar kakinya juga  menjadi bertambah sakit.

Makin besar anak mama ni..kaki mama pun makin sakit…"

Untuk perkembangan terbaru, Izreen kini muncul dengan dua drama terbarunya, iaitu 'Cinta Qaseh' yang sudah mula ditayangkan di TV3 pada setiap hari Selasa jam 9 malam dan 'Sehangat Asmara' di saluran Astro Mustika HD (134), setiap hari Isnin hingga Rabu, pada jam 10 malam.

Izreen dan suaminya Muhamad Riza Baharuddin telah bernikah pada 30 Ogos 2012 dan majlis resepsi pasangan ini telah berlangsung pada hari berikutnay di Alor Star, Kedah.

Jom layan beberapa foto Izreen Azminda selepas ini.

Kredit Foto : Instagram Izreen Azminda

Tags: , ,

<b>Izreen Azminda</b> Mudah Melenting Gara-Gara Hamil – Perak Today

Posted: 19 Jan 2013 05:07 PM PST

Pelakon Izreen Azminda berasa pelik kerana mempunyai tabiat luar biasa iaitu mudah melenting tanpa sebab pada peringkat awal kehamilannya.

Pemilik nama penuh Izreen Azminda Aznam, 28, ini berkata, bagaimanapun sikap buruk itu berjaya dikawal dan beransur hilang selepas tiga bulan hamil.

"Saya tidak tahu kenapa selalu naik hantu ketika awal kehamilan dulu? Ada sahaja yang tidak kena di mata dan saya cepat marah.

"Mungkin faktor hormon tidak stabil tetapi alhamdulillah sikap buruk itu semakin hilang kerana saya dapat kawal (kemarahan) kebelakangan ini," katanya kepada mStar Online.

Izreen kini hamil anak pertama hasil perkahwinannya dengan jurukamera Muhd Riza Baharudin, 30, pada 30 Ogos tahun lalu.

Ditanya mengenai pengalaman hamil buat kali pertama, Izreen berkata, dia bersyukur kerana tidak mengalami alahan atau mengidam yang teruk.

Izreen akan mula berehat panjang bagi memberikan tumpuan pada kandungannya bermula awal Mac depan.

"Alhamdulillah saya dan suami sangat gembira dengan kandungan ini. Kini memasuki bulan keempat, saya berasa selesa dan tidak alami alahan atau mengidam yang teruk.

"Saya masih aktif bekerja di dua set penggambaran sekarang iaitu drama Sehangat Asmara dan Tanggang Ayu," katanya.

Tambah Izreen, dia terpaksa bekerja keras ketika ini selagi terdaya sebelum berehat panjang bermula awal Mac depan.

"Sementara masih larat biar saya kerja untuk kumpul duit. Nanti bermula awal Mac saya akan berehat terus sehingga tarikh bersalin yang dijangka pada Julai depan.

"Namun, saya selalu berhati-hati dan tidak lasak sangat di lokasi. Saya mesti habiskan penggambaran sebelum pukul 12 tengah malam sebab badan mudah letih akhir-akhir ini," katanya.

Izreen berkata, dia juga terpaksa menolak banyak tawaran lakonan ekoran perubahan ketara pada fizikalnya kerana memiliki kandungan bersaiz besar.

Terbaharu, drama lakonannya Sehangat Asmara akan mula ditayangkan pada 21 Januari ini, setiap Isnin hingga Rabu pukul 10 malam di Astro Mustika HD (saluran 134).

- mStar

<b>Izreen Azminda</b> Tak Mahu Terlalu Teruja Dengan Kehamilan <b>...</b>

Posted: 21 Nov 2012 04:00 PM PST

Semalam pelakon cantik Izreen Azminda telah berkongsi foto kehamilannya yang sedang berusia lima minggu menerusi laman Instagram.

Bagi mendapatkan keterangan lebih lanjut mengenai perkara tersebut, pihak OHBULAN! telah menghubungi Izreen dan dapatkan kenyataan daripadanya berhubung perkara itu.

"Mula-mula saya rasa sakit di bahagian perut, ingatkan sebab nak datang bulan. Tapi bila dah berhari-hari tak juga datang, saya ambil keputusan untuk buat pemeriksaan di klinik sakit puan. Bila doktor sahkan saya hamil lima minggu, saya merasa begitu terkejut dan gembira sangat.

"Lepas dapat tahu perkara tersebut, orang pertama yang saya hubungi adalah keluarga."

"Tapi saya tak nak terlampau teruja, sebab orang tua-tua ada cakap, tak elok gembira sangat sebab kandungan masih di peringkat awal. Macam mana pun saya tetap bersyukur dan tak sangka dengan rezeki ini," ujar Izreen.

Memandangkan Izreen sudah berbadan dua, timbul juga persoalan adakah aktres ini akan berehat daripada bidang lakonan dan ingin tumpukan sepenuh perhatian pada kandungan pertamanya?

"Sekarang saya tengah jalani penggambaran drama 'Sehangat Asmara.' Saya terima tawaran ini pun sebab jadual penggambarannya tak terlalu padat dan ada masa untuk berehat. Jadi tak ada masalah untuk teruskan penggambaran tersebut."

"Tambahan pula saya seorang yang tak suka duduk diam. Saya seorang yang lasak. Tapi mungkin selepas ini saya akan cuba berehat dan tak terlalu membuat kerja berat."

Mengulas lebih lanjut mengenai kehamilan pertama ini, Izreen akui sikapnya menjadi sedikit berubah dan perkara tersebut turut dirasai oleh suaminya.

Sebelum ini ada tanda-tanda saya cepat marah dan emosi mudah terganggu. Mula-mula saya ingatkan sebab pembawakan karakter 'Sofia' dalam drama Julia. Tapi rupa-rupanya disebabkan oleh pembawakan budak.

Oleh kerana ini adalah kehamilan pertama buat Izreen, justeru itu dia telah mengambil keputusan untuk belajar serba sedikit mengenai proses kehamilan dan cuba menyesuaikan diri dengan keadaan sekarang.

Izreen turut akui akan menjaga polar pemakanan yang sihat agar kandungannya tidak terjejas.

"Sebenarnya saya memang suka makan makanan pedas. Tapi bila dah mengandung, saya akan cuba kurangkan dan tak terlalu mengambil minuman yang berais.

"Saya akan rujuk serba sedikit dengan ibu dan mak mertua saya tentang segala pantang larang ketika mengandung. Lagipun ini adalah kandungan pertama saya, jadi banyak perkara yang perlu saya pelajari."

Tags: , ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan