Nuffnang

Jumaat, 1 Februari 2013

Mizz Nina - Google Blog Search

Mizz Nina - Google Blog Search


<b>Mizz Nina</b> Dirompak | OHBULAN!

Posted: 03 Dec 2012 08:37 PM PST

Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman, 31, sudah tidak asing lagi di Malaysia dan luar negara. Baru-baru ini dia telah mengalami pengalaman yang tidak diduga apabila cermin kereta di sebelah kerusi penumpang dipecahkan oleh perompak yang juga telah mengambil beg tangannya .

Foto: Cermin keretanya yang dipecahkan oleh perompak

Kejadian rompakan ini telah berlaku di persimpangan lampu isyarat Ampang Jaya dalam sekelip mata. Sumber kejadian ini dari status laman 'Twitter' miliknya.

"Kereta saya dipecah dan beg tangan saya dirompak di persimpangan lampu isyarat. Pesanan buat pemandu wanita, letakkan beg tangan anda di bawah tempat duduk kereta," katanya.

Walaubagaimanapun Mizz Nina tidak mengalami apa-apa kecederaan, hanya cermin keretanya pecah dan beg tangannya dilarikan. Ini merupakan kejadian pertama menimpa penyanyi yang popular dengan lagu Take Over.

Pesan kepada pembaca OHBULAN!  elakkan meletak barangan berharga seperti beg tangan, dompet dan telefon bimbit ditempat yang terdedah kepada bahaya.

Tags:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan