Nuffnang

Jumaat, 1 Februari 2013

Lisdawati - Google Blog Search

Lisdawati - Google Blog Search


7 tahun bermusuh Rita Rudaini & <b>Lisdawati</b> kini berdamai | Berita <b>...</b>

Posted: 15 Jan 2013 06:29 PM PST

Lisdawati

Setelah hampir 7 tahun Rita Rudaini dan Lisdawati bermusuh kini mereka kembali  berdamai  selepas mendapat tawaran untuk berlakon di dalam sebuah drama bersiri .

rita

Lisdawati dan Rita  mula bermasam muka pada tahun 2006  ketika melakukan babak tampar menampar dan tarik trambut ketika melakonkan  sebuah drama  di kolam renang  di  Georgetown, Pulau Pinang.Ianya menjadi  kes polis apabila Lisdawati mendakwa dirinya  di cederakan oleh Rita dengan sengajanya.

Rita juga mengatakan bahawa perkara itu sudah lama selesai dan dia tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan Lisdawati  kerana  kedua-duanya bertindak secara profesional dalam bidang mereka.

Syukurlah di tahun baru 2013 mereka telah berdamai, bak kata orang tak baik kita bermasam muka terlalu lama dan semoga segalanya berjalan lancar dan baik buat mereka dua.


Respon Dengan Akaun Facebook

Respon Tanpa Akaun Facebook

<b>Lisdawati</b> & Rita Rudaini Berdamai Selepas 7 Tahun Jadi Musuh <b>...</b>

Posted: 16 Jan 2013 03:34 AM PST

Permusuhan di antara pelakon Lisdawati dan Rita Rudaini hampir 7 tahun kembali jernih apabila kedua-dua wanita itu bersetuju untuk berdamai selepas ditawarkan berlakon dalam drama bersiri Kerana Sarah.

Lisdawati berkata, bersempena dengan tahun baru 2013 ini, dia berazam untuk tidak bermusuhan dengan sesiapa sahaja termasuklah Rita dan mahu bekerjasama dalam drama berkenaan yang masih lagi dalam penggambaran.

"Tahun 2013 ini, saya berazam untuk melalui suasana harmoni dan sekiranya terdapat persengketaan dengan sesiapa sekalipun, orang kata, buang yang keruh, ambil yang jernih.

"Begitu juga dengan dia (Rita), apa yang berlaku itu biarlah berlalu dan saya hormat dia sebagai pelakon yang lebih 'senior' daripada saya. Diharap, tiada sesiapa yang akan mengungkit perkara lama itu," katanya kepada mStar Online.

Pada tahun 2006, Rita dan Lisdawati dikatakan bermasam muka selepas berlakunya insiden tampar menampar dan tarik rambut ketika kedua-duanya melakonkan adegan terakhir drama Kau Yang Ku Sayang di kolam renang sebuah hotel di Georgetown, Pulau Pinang.

Aksi tersebut berubah menjadi sebuah pergaduhan besar sehingga melibatkan kes polis apabila Lisdawati mendakwa Rita sengaja mencederakannya.

Sementara itu, Rita pula berkata, perkara tersebut sudah lama selesai dan tiada apa-apa isu yang perlu timbul antaranya dengan isteri kepada pelakon Fauzi Nawawi itu.

"Saya tidak mempunyai masalah dengan dia (Lisdawati). Perhubungan kami lebih pada profesional dalam bidang kerja kami.

"Kami bertegur sapa, tetapi tak banyak berbual pun di lokasi. Cuma dengan apa yang telah berlaku, saya mengambil pendekatan untuk lebih berhati-hati.

"Dalam masa yang sama saya tidak mahu Fauzi ada dalam apa juga penggambaran yang saya lakukan atas sebab yang tidak dapat saya kongsi kepada umum," ujarnya.

-mStar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan