Nuffnang

Jumaat, 1 Februari 2013

Wan Sharmila - Google Blog Search

Wan Sharmila - Google Blog Search


<b>Wan Sharmila</b> Jalani Pembedahan Ramadan Lalu?

Posted: 04 Dec 2012 04:00 AM PST

berita | Tempatan

Teks oleh Kheme Rosly

khemerosly@yahoo.com

KUALA LUMPUR, 4 DIS 2012: Apabila dilihat kurang muncul di televisyen mahupun majlis juga acara anugerah, Wan Sharmila telah berkongsi mengenai dugaan yang menimpa dirinya pada beberapa bulan lalu. Namun begitu, dia memilih untuk tidak menceritakan dengan lebih lanjut tentang permasalahan dan sakit yang dihadapinya.

Wan Sharmila atau dikenali sebaga Lala, 31, cuma dapat berkongsi cerita bahawa dia telah menjalani pembedahan pada sekitar ramadan yang lalu selepas mengadu kesakitan di lokasi.

Tetapi kini, aktres yang bakal muncul dalam slot Aksi untuk drama bersiri SPY M tersebut sudah sihat cuma masih berjaga-jaga dan memilih watak yang ditawarkan kepadanya.

"Saya sebenarnya ada sahaja, masih lagi sibuk memenuhi tawaran lakonan. Kalau hilang pun, mungkin sekejap masa ramadan lepas sebab saya dimasukkan ke hospital untuk satu prosedur pembedahan termasuklah menjalani rawatan. Keseluruhannya ia mengambil masa lebih kurang 4 minggu untuk ianya berakhir.

"Tetapi tidaklah saya tidak boleh bekerja selepas pembedahan tersebut. Dua minggu selepas saya berehat, saya sudah terbang ke India untuk penggambaran di sana. Jadi faktor kesihatan tidak menjejaskan aktiviti seni saya.

"Cuma daripada segi lakonan saya perlu melihat dahulu apa jenis watak dan karektor yang harus dibawakan. Kalau ada adegan yang terlalu lasak, saya akan menjelaskan dahulu pada produser atau pengarah mengenai situasi saya kini.

"Syukur Alhamdulillah, saya masih lagi dapat memenuhi tawaran yang datang. Dalam SPY M pula walaupun drama aksi tetapi saya masih boleh melakukan apa yang dimahukan pengarah,"cerita Wan Sharmila mengenai perkara yang menimpa dirinya baru-baru ini.

Di samping itu, Wan Sharmila turut menjelaskan tentang kisah dirinya yang tidak terpalit kontroversi antara sebab dia seperti hilang daripada industri hiburan. Tetapi apabila disoal mengenai cerita peribadi, dia cepat-cepat menjawab 'bosan'.

"Kalau peminat atau umum kata Wan Sharmila hilang atau tiada itu adalah pandangan mereka. Mungkin pandangan mereka terarah pada cerita panas mengenai selebriti lain. Saya tetap bekerja, mungkin tiada cerita panas orang pun tidaklah menyebut.

"Lagipun saya sibuk bekerja, nak cakap pasal peribadi memang bosan. Tiada apa pun nak diceritakan,"tambahnya lagi.

Menyentuh hal peribadi, dia yang kini solo selepas bercerai pada 2009 belum mempunyai perancangan untuk mencari pengganti. Baginya jika sudah ada jodoh dia terima walau siapa pun jika itu adalah ketentuanNya.

"Bukan maksudnya saya terima sesiapa sahaja yang datang untuk dekat dengan saya. Mestilah kena juga pilih dan lihat peribadi mereka. Dengan status saya yang sekarang, orang akan pikir yang bukan-bukan kalau tidak kena pilihan kita tersebut.

"Terus-terang saya tidak kisah mengenai luaran yang penting saya selesa jika berada bersama. Tetapi kalau boleh tidak mahu lelaki yang 'poyo' sebab sekarang ini ramai yang macam tu,"ujar Wan Sharmila sambil berseloroh menceritakan kisah peribadinya itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan